Semua orang telah diberi tahu akan kedatangan sup kambing yang terhebat di dunia. Ada yang menanti dengan penuh harapan untuk makan nasi dengan sup kambing nanti. Tapi menjelang malam, sup yang dinantikan masih jugak tak kunjung tiba. Jadi terpaksalah makan nasi dengan apa saja lauk-pauk yang ada.
Kois dan Ardy bagaikan panglima mengusung hantaran di raja. |
Setelah kebanyakan tetamu siap makan, barulah tiba satu rombongan yang diketuai oleh Pakcik Karim datang membawa satu baldi sup kambing Gred 1A. Sewaktu rombongan sup kambing datang ke muka pagar, kompang dipalukan berkali-kali. Bergema seluruh angkasa dengan hingar dari bunyi paluan kompang yang menyegarkan minda. Bunga manggar turut diarak bagi menyambut tetamu kehormat dengan sup idaman dan pujaan ramai.
Beratur panjang macam nak tengok wayang pulak. |
Walaupun Nicha nengok kamera, tapi hatinya masih terpaut kuat pada aroma sup kambing Pakcik Karim. |
Dan sup kambing dari jenis kambing gunung dari pergunungan Himalaya pun disajikan kepada umum. Beratur panjanglah semua tetamu bagaikan beratur nak membeli tiket bola Malaysia lawan Indonesia. Masing-masing penuh harapan ingin mendapatkan sup terhebat alaf ini, khuatir akan habis sebelum tiba giliran untuk mencedok sup itu.
Syafiq merasa puas kerana gilirannya telah sampai untuk mencedok sup. |
Pak Uda makan sup dah tak ingat orang lain. Slrrrruuupppp... |
Aku berkesempatan mencedok sup dengan isinya kuambil bahagian peha yang gebu. Dan bila aku rasa, memang tersangat hebat rasa sup kambing itu. Lebih hebat dari apa yang aku jangkakan. Aku hampir pengsan ketika menghirup kuah di sudu yang pertama. Mujur anak-anak saudara sempat menyambutku dan merenjiskan air bagi menyegarkan aku. Tak sia-sia penantian yang sebegitu lama kami semua. Berbaloi kami menunggu. Rasanya memang sedapppp!!!
Mak Uda suka sup kambing. Hari-hari Mak Uda makan sup kambing. |
Penangan sup kambing. Mata masing-masing menjadi kuyu. |
"Wa manyak suka ini sup kambing. Hali-hali wa boley makan ini sup". |
Alamak! Macamana pulak aku boleh ter-snap gambar ni? Eh, macamana gambar ni boleh termasuk dalam blog? Sorry Ardy. |
No comments:
Post a Comment