Budaya "open house" memang dah melekat kuat bila tiba bulan Syawal di kalangan warga kota. Tiap-tiap hujung minggu mesti ada saudara-mara dan handai-taulan yang mengajak datang ke rumahnya untuk makan-makan dan bersembang. Tetapi kekadang bila terlalu sibuk tak sempatlah nak menjemput, hanya sempat dijemput aje. Jadi oleh kerana merasa tak puas hati, dan merasa nak ajak jugak orang datang rumah kita, maka kita extend-lah sikit time open house tu ke dalam bulan Zulkaedah. Kalau bulan Zulkaedah pun miss, boleh jugak extend ke bulan Zulhijjah, ke Muharram, ke Safar dan seterusnya. Tak kiralah bulan apa pun, ajak orang datang makan kat rumah kita tu kan kira ibadat jugak. Kategori menjamu dan menghormati tetamu.
Sorang sepupu kami kat Shah Alam Ahad lepas ajak kami makan kat rumah dia. Dia hidang laksa Johor, pulut rendang dan beraneka dessert. Perut mesti dikosongkan dulu sebelum datang open house. Barulah terasa nikmat bila menjamah juadah. Lama jugak kami kat sana. Tapi satu rumah tu ajelah yang kami pergi. Lepas tu singgah Kajang hantar anak buah balik sekolah, dan terus balik rumah. Tu ajelah.
Menikmati laksa Johor. |
Laksa Johor di sudu yang terakhir. |
Semua makan laksa Johor. |
Amier kata perut dia dah nak meletup kekenyangan. Lalu dia main I-Phone. |
Terlalu kenyang dan tersandar. |
Ayahku menengok pokok lanskap. |
Bergambar dengan tuan rumah. |
No comments:
Post a Comment