Sekali imbas nengok gambar ni macam takda apa-apa kan? Cuba korang nengok lagi betul-betul. Tenung kat bahagian tengah gambar tu lama-lama. Tenung sampai kurang -kurang 10 minit. Cuba jangan berkelip mata. Lepas tu cuba julingkan mata. Dah nampak? Kalau masih tak nampak cuba sekali lagi. Kalau tak nampak lagi apa-apa benda yang mencurigakan, kira korang masih waraslah. Memang takda apa-apa yang mencurigakan kat gambar ni pun... He he he...
Sekadar tinggal sisa. Pokok-pokok pisang semua telah rebah tersembam ke bumi Malaya. |
Aku sebenarnya nak ceritakan pasal kebun kat belakang rumah aku tu. Dulu dipenuhi dengan pokok pisang dari pelbagai spesis, termasuklah pisang abu, pisang awak, dan pisang lemak manis. Lama kelamaan yang dapat bertahan lama cuma pokok pisang abu aje. Keturunan pokok tu dah hidup sejak lewat tahun 60an lagi. Cukup lama tu. Satu pokok kena cantas, dua tiga lagi pokok baru bertunas dan membesar. Puas kami makan pisang goreng dan kerepek pisang. Beberapa kali juga jiran aku kat belakang rumah berjaya mencuri pisang yang kami tanam tu. Kami bising jugak, tapi dia macam tak serik-serik dan terus mencuba mencuri.
Baru-baru ni bila aku jengah belakang rumah, aku nampak semua pokok pisang tu dah kena cantas. Dipercayai tukang cantasnya ialah orang MPAJ. Itu barangkali aje. Bukan Batangkali. Sebatang pokok pisang pun tak tinggal. Aku terpaksa meneka dalam kesamaran (eh eh, macam tajuk lagulah pulak). Aku rasa diorang tebang pasal nak elakkan pembiakan nyamuk. Kebun belakang rumah aku tu memanglah semak. Maklumlah, tempat bermain kera dan lutong, tupai dan ular, biawak dan burung, tenuk dan badak. Aku rasa itulah sebabnya. Tapi aku percaya, tak lama lagi akan tumbuh balik tunas-tunas pokok pisang yang baru. Dan dapatlah kami makan buah pisang atau menggunakan daun pisang untuk buat lapik nasi dan kuih seperti selalu. Dan kepada nyamuk-nyamuk derhaka, janganlah kau menghinggapi pokok-pokok pisang kami lagi. Pergilah cari pokok-pokok lain seperti pokok strawberi, pokok kaktus atau pokok epal.
No comments:
Post a Comment