Selepas menjamu selera masakan nasi padang di Desa Pandan pada hari Sabtu lepas, kami terus meluru ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak untuk membawa anak-anak membaca buku budak-budak di tingkat bawah.
Dah berkurun kami tak ke sana. Aku rasa sorang pun anak kami tak pernah ke Perpustakaan Negara. Tapi kalau lalu di sebelahnya memang sangat kerap. Di seksyen kanak-kanak aku nengok memang ramai kanak-kanak sedang baca buku, menghadap komputer, sembang-sembang dan main lari-lari dengan gembiranya. Undang-undang "Tolong Senyap" memang tak terpakai di kawasan ini. Yang kurang memberansangkan ialah suasananya agak gelap. Tak ceria langsung. Ada jugak lampu yang tak terpasang. Suasananya memang sangat sesuai untuk tidur. Malap dan kabur aje. Cadangan aku, bagi taruh lampu sampai nampak macam siang sikit kat bilik tu.
|
Bergambar di laman Perpustakaan Negara. |
Kami masing-masing memiliih buku kegemaran kami. Aku yang memang agak malas nak membaca ni carilah buku yang banyak gambar dan sedikit tulisan. Aku cari buku pasal binatang. Boleh kongsi minat dengan Amier. Amier lebih tertarik dengan buku pasal Dinosaur. Orang lain baca buku ikut apa yang tertulis di dalamnya. Amier pulak bila nengok gambar dinosaur, dia pulak yang membuat dan mengeluarkan suara dinosaur sekuat hati. Setelah membaca untuk sekian lama, akhirnya mata aku mula mengantuk sedikit. Amier pulak mula bosan dan mulalah dia merayau-rayau sekeliling ruang tanpa tau buku yang mana nak dipilih. Waktu tu Amier dah tak fikir pasal buku lagi. Dia fikir pasal nak main pulak. Menyedari yang Amier mula kebosanan, akhirnya kami sepakat untuk meninggalkan perkarangan perpustakaan. Sebelum balik, sempat jugak kami beli minuman dan snek untuk dimakan di kereta.
|
Wanie suka baca buku. Hari-hari Wanie baca buku. |
|
Wife aku minat buku pasal sejarah Tanah Melayu. |
|
Syahmie tak bagi orang tiru kertas jawapannya. Tapi dia bukan sedang buat exam. |
|
Mentelaah buku-buku pilihan. |
No comments:
Post a Comment