Dah berbulan-bulan Snowcat beranak. Tapi tak sorang pun di antara kami yang tau kat hospital mana Snowcat beranak. Kalau kat Ampang Puteri mahal sangat. Kalau kat HKL jauh sangat. Tapi yang kami tau memang dia dah beranak pasal perutnya dah tak memboyot lagi. Dah slim dan ramping. Kami jugak buntu sebab tak tau kat mana Snowcat sembunyikan anak-anaknya. Yang kami pasti bukan kat kawasan rumah kami. Snowcat hanya akan balik ke rumah bila time makan. Kemudian dia pergi lagi untuk menjaga anak-anaknya yang berada jauh dari rumah kami.
Setelah dipujuk oleh isteri dan adik aku berkali-kali, barulah akhirnya Snowcat membawa anak-anaknya ke rumah. Waktu tu anak-anak Snowcat dah agak besar. Dah pandai berlari-lari. Tapi semua mereka masih takutkan kami-manusia. Mereka menyorok kat belakang timbunan barangan di depan kamar ibu dan ayahku. Anak Snowcat ada empat ekor. Gray, Brownie, Blackie dan Speckie. Speckie tu aku yang bagi nama. Yang lain isteri aku yang bagi nama. Oleh kerana takutkan manusia, maka anak-anak kucing tu selalu berlindung di tempat-tempat yang sempit dan mereka melunaskan keperluan perut mereka juga di sekitar tempat sempit itu. Ibuku yang memiliki hidung sensitif tak senang tidur bila terhidu bauan yang hancing dan meloyakan itu. Kami perlu lakukan sesuatu demi keselesaan semua.
Tempat persembunyian dan permainan anak-anak Snowcat. |
Akhirnya kami ambil sangkar kucing besar dari rumah kakak ipar aku. Dan kami muatkan semua kucing-kucing tu dalam sangkar. Sewaktu kami nak pasang sangkar tu, Snowcat terus mendekati kami dan seolah-olah beliau pernah diam di dalamnya suatu masa dulu. Kami rumuskan bahawa Snowcat dulu memang pernah dibela oleh seseorang yang pernah mengurungnya di dalam sangkar. Masa kami nak tangkap anak-anak Snowcat untuk dimasukkan ke dalam sangkar, memang agak sukar pasal masing-masing ketakutan. Akhirnya sekor-sekor dapat kami tangkap. Yang last sekali ialah Speckie. Dialah yang paling penakut antara yang lain-lain. Kami kejar dia. Dia masuk kat tayar kereta. Tiba-tiba hilang. Aku pasang enjin kereta pun masih tak keluar juga dia dari tempat persembunyian. Akhirnya aku bukak hood kereta. Rupanya dia tengah ketakutan kat dalam enjin kereta. Kalau boleh masuk dalam carburator, mungkin dia akan masuk kot. Aku tangkap dia dan masukkan ke dalam kandang. Sekarang tugas Snowcat pula untuk memujuk anak-anaknya supaya bertenang.
Snowcat selesa di kandang yang luas. |
Speckie yang paling penakut. Dia dapat nama Speckie pasal matanya macam pakai spec hitam. |
Sekarang kucing-kucing tu dah agak biasa. Namun begitu, Blackie dan Speckie nampak gayanya masih penakut lagi dan selalu buat bunyi ular sawa anaconda yang menyebabkan kami kekadang terkejut jugak. Dan sekarang dah jadi kerja rutin aku anak beranak untuk membersihkan sangkar kucing, terutamanya tempat buang najis, sebelum pergi kerja. Kalau masa cuti, sebelum senja pun kami akan bersihkan jugak. Selamat beristirahat wahai kucing-kucing ku...
Blackie, Speckie dan Gray. |
Brownie bermain-main di jamban. Eeeewww... |
Melepak adik beradik. |
No comments:
Post a Comment