Ahad lalu aku turun ke gelanggang tenis di Jalan Jelatek dengan abang Haji Nordin dan Syed Hakim. Aku, 46 dan Syed, 40 bergabung menentang abang Hj Nordin, 60. Dua lawan satu, tapi abang Hj Nordin terpaksa menerima pakai undang-undang untuk permainan double. Bunyinya macam zalim dan kejam kan? Seolah-olah kami akan membelasah dan membuli abang Hj Nordin sampai dia tercungap-cungap mengejar bola. Tapi itulah permintaan abang Hj Nordin. Kami memang kurang satu pemain. Itulah alternatif yang ada dan kami setuju.
Bagi sesiapa yang tak kenal abang Hj Nordin dan cara permainannya, memanglah akan beranggapan permainan ini berat sebelah. Tapi jika diteliti kemampuan abang Hj Nordin mengawal bola, dengan stamina yang bagai orang muda, serta kehebatannya bermain volley serta ketenangannya mengambil bola sukar menyebabkan kami tewas pada set pertama 4-6. Dalam set kedua, memang terlihat sedikit kepenatan bagi pihak abang Hj Nordin. Namun dia masih tetap melawan, tetapi tewas juga dengan mata 6-4. Kemudian kami berhenti. Tapi aku puas kerana peluh mencucur deras dan kepala menjadi ringan dan lapang dari kekusutan masalah kerja di ofis.
Abang Haji Nordin dan Syed Hakim. |
Trio tenis minggu ini. |
No comments:
Post a Comment