Semalam aku ke Tasik Chini. Bukan pergi memancing. Bukan jugak pergi berenang. Malah bukan pergi memburu naga yang perkasa. Aku ke sana pasal kena attend site meeting yang berlangsung setiap minggu. Meeting berlangsung agak panas, walaupun cuaca mendung. Tapi aku remain sejuk, sebab kebetulan duduk sebelah kipas angin. Tapi aku tak bercadang nak hurai panjang pasal meeting tu.
Lepas meeting, Sham ajak semua orang makan kat satu tempat special yang memang menjadi kegilaannya. Pusing-pusing jalan keliling kampung entah kat mana-mana entah. Akhirnya sampailah kami kat satu kedai makan yang bercantum dengan rumah orang. Keluarga ni asal Kedah. Telor utaranya pun masih pekat lagi. Aku nengoklah lauk pauknya, apa yang spesel sangat. Ada patin, ada baung dan yang betul-betul spesel ialah ada dedaunan pelik yang tak pernah aku jumpa.
Perkarangan hutan Chini, tempat kami bermesyuarat. |
Ingatkan nak mesyuarat bawah pokok, baru ada feel sikit. |
Sham dan Saifuddin berebut ikan lais goreng. Aku tak sempat merasa pasal dah habis direbut kedua jejaka tadi. Yang tinggal hanya ikan seluang goreng. Saiz ikan seluang kecil-kecil, macam bapak ikan bilis sepanjang 3-4 inci setiap satu. Aku ambil 3 ekor seluang dan sepotong baung. Tapi yang buat aku betul-betul terliur adalah apabila aku ternampak dedaunan yang terhidang di dalam pinggan. Memang tak pernah aku nengok daun yang macam tu orang makan buat ulam. Aku pun ambil dua jenis daun. Aku tanya abang tuan kedai nama daun tu, dia kata satu daun putat, dan satu lagi daun cemumak. Ada satu lagi daun yang dipanggil petai belalang (macam daun semalu). Tapi yang itu aku tak try.
Sejurus aku memamah aje dedaunan itu, terasa kesedapannya yang luar biasa. Especially daun cemumak. Daunnya pahit, tapi lemak. Menambah selera makan tengahari ku. Daun putat pulak sedap kerana kesegarannya. Setelah mengunyah dedaunan itu dengan penuh asyik, lalu aku semakin bersemangat dan semangat kekambinganku meningkat lalu kuterjah semak belukar bersebelahan dan meragut rakus segala jenis daun di belukar tanpa mengira orang yang lalu lalang. Kawan-kawanku terpaksa bekerja keras menahan inginku untuk menggondolkan semak-samun itu. Waaa!!! Begitulah penangan daun-daun ulam yang hebat itu. Turut makan bersama ialah Akmal, Sham, Saifuddin, Mazeli, Lily, dan Ija. Lunch semalam Akmal yang belanja. Lepas makan, kami terus menghala ke Kuala Lumpur.
Daun putat yang banyak kat kebuh sawit. |
Daun cemumak yang pahit tetapi lemak. |
No comments:
Post a Comment