Tahun ni adik aku pergi menunaikan haji di Makkah. Jadi kami pun buatlah kenduri doa selamat. Melalui seorang kenalan, kami panggil group pelajar tahfiz dari Kg Baru yang dinaungi oleh Tn Hj Abdul Razak. Turut bersama mereka seorang ustaz dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Ustaz Fauzi Al-Yamani. Buat baca Yasin, tahlil dan doa selamat. Lepas tu makan-makanlah.
Pelajar tahfiz sedang menikmati juadah. |
Ada sorang pelajar tu dari Kemboja. |
Tn Hj Abdul Razak tu anak jati Kg Baru. Jadi dia kenal jugaklah sedara-mara ayah aku. Panjanglah sembangnya dengan salah sorang anak saudara ayah aku. Kami siap pasang khemah pasal menjangkakan semua orang ramai-ramai datang serentak. Tapi mereka yang datang kebanyakannya runcit-runcit. Tapi tak apalah. Bagi ruang luas untuk semua tetamu yang hadir. Lebih berangin dan lapang.
Abang ipar aku sedang berborak dengan Tn Hj Abdul Razak. |
Tetamu menjamu selera nasi tomato. |
Tetamu yang datang awal siap baca surat khabar lama dulu. |
Amier dan Syahmie - the braders. |
Intan mengantuk pasal boring main game kat I-Phone. Wanie nak take over pulak. |
Amin gembira, Ali bersedih. Sebabnya, Amin dah habis PMR. Ali baru nak menghadapi SPM. |
Syakira macam artis pulak. Tak nak gambarnya diambil paparazi. |
Mak Anjang dan Ika. Sedondon. |
Tetamu nampaknya happy aje datang kenduri. Yang kami jemput pun keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat adik aku. Tapi yang malang sikit pasal kami ada menghidang buah tembikai merah yang memang menjadi kegilaan ramai. Apa lagi pada musim cuaca panas pada hari tu. Salah satu dari buah tembikai tu agak terlalu masak dan mungkin telah dijangkiti virus dari kedai komputer bersebelahan. Tak sempatlah pulak aku nak pasang anti virus kat tembikai tu. Jadi kami main potong dan hidang tembikai tu kat para tetamu. Ada beberapa orang tetamu yang 'gila tembikai' (termasuklah aku) telah memakannya dengan penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata. Lalu pada kesokan harinya perut kami memulas bagai buah pulasan yang dipulas. Lalu terpaksalah kami menjengah bank simpanan sampai banyak kali bagi melapangkan perut yang bagai dijerut. Aku mewakili tuan rumah mengucapkan mintak maaf kepada para tetamu yang terpaksa menanggung kesakitan yang tak dirancang ini. Pengajarannya ialah, belilah perisian anti virus yang oroginal dan install ke dalam buah-buahan yang anda beli sebelum memakannya.
Kawan-kawan adik aku. Ardi salah seorang tetamu yang kena keracunan makanan pasal bedal buah tembikai. |
Yana dan kawan sekolahnya. |
Salleh baru nak merasa dessert yang hebat. |
No comments:
Post a Comment