Siapa yang tak pernah nengok pokok dan bunga lempuyang maka di sini aku tunjukkan gambarnya pada semua. Pokok ni mak aku yang tanam dah lama dulu. Tak sangka pulak dia nak keluarkan bunga. Ada lima kuntum semuanya. Ubi lempuyang ni cukup banyak khasiatnya. Dia adik beradik halia jugak. Digunakan meluas untuk buat jamu dan perubatan tradisional.
Biar aku bagikan resipi minuman lempuyang untuk kau orang cuba:
2 tangkai bunga lempuyang.
1 tangkai serai
2 sudu madu asli
1/2 tin susu cair
4 ulas bawang putih
1 sudu biji lada hitam
1/2 biji betik muda
5 biji telur ayam kampung
2 sudu tepung jagung
MSG secukup rasa
Blend semua sekali dengan segelas air. Jangan tapis. Masukkan sedikit ais dan hirup sampai habis. Tapi pihak kami tak bertanggungjawab kalau anda muntah, pening, loya, pengsan dan sebagainya. Ini sekadar resipi sahaja. Pihak kami tak menjanjikan khasiat atau kesedapannya. Tapi kalau ada berani, cubalah resipi Fear Factor ini!
No comments:
Post a Comment