Pada hari Sabtu lepas, setelah kami mengadakan kenduri pergi haji, kami terpaksa bergegas pula ke Hotel De Palma untuk menyaksikan konsert tahunan sekolah tadika Amier - Q-Dees. Amier kata dia kena menari tarian China. Jadi jam 3.30 petang kami dah pakaikan Amier baju China yang dibekalkan guru serta menghantarnya ke hotel. Amier cukup risau takut tak ada orang nak tengok dia menari. Berulang-ulang kali dia cakap, "Siapa nak tengok konsert Amier?" Sudah pastilah kami akan tengok. Memang dah lama kami tungu-tunggukan saat ini. Pukul 5 petang barulah kami berangkat ke dewan Hotel De Palma untuk menyaksikan Amier menari.
Poster konsert sekolah tadika Amier. |
Amier dah bersiap nak pergi konsert. Tak sabar-sabar dia. |
Semasa kami sampai, ibubapa dah penuh membanjiri ruang dewan dengan kamera dan video camera masing-masing. Dan kami terpaksa duduk agak terkebelakang sedikit. Tak lama menunggu, kami pun nampaklah kelibat Amier sedang bersiap-siap untuk mempersembahkan aksi tarian China. Badan Amier paling besar dalam kelas dia. Jadi terpaksalah dia duduk kat barisan paling belakang. Cikgu letak gel kat rambut semua budak lelaki. Rambut Amier yang dah memang tegak makin tegak dan kembang macam duri landak. Persembahan tariannya simple dan Amier nampaknya menari mengikut kareografi yang telah diajarkan kepadanya. Biasanya kalau perform atas stage Amier memang suka over-over sikit. Tapi dia tak berbuat demikian pulak kali ni.
Ibubapa membanjiri dewan konsert dengan alatan canggih untuk merakam. |
Amier dan Arisa. |
Ada satu budak Negro kat sekolah Q-Dees. Bapak dia datang masa konsert dah nak habis. |
Bebudak menanti giliran untuk perform. Baju budak-budak ni terlalu bling-bling. |
Penuh semangat! |
Bermula tarian Cina. |
Amier menari macam shuffle. |
Lagi persembahan kelas Amier. |
Tamat konsert. Budak-budak lega. |
Bila dah habis konsert, kami pun baliklah. Singgah kedai beli jagung bakar, beli hadiah murah untuk majlis party esok harinya.
Habis konsert. Amier dah penat. |
Masa untuk balik. |
No comments:
Post a Comment