Siang tadi aku sekeluarga pergi hadiri jemputan kahwin anak Wak Ziegler kat Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Yang kahwin ialah adik lelaki pelakon Julia Ziegler. Nama adik dia apa, aku pun tak tau pasal kad jemputan dah hilang. Kebetulan mak dah ayah aku adalah kawan kepada adik-beradik mak pengantin. Dan kebetulan jugak ayah aku ada bau-bau bacang dengan keluarga mak pengantin. Macam mana dia boleh bau-bau bacang tu aku tak tau. Tapi kalau tak silap aku, masa bapak aku bujang dulu, dia ke kebun bacang dengan adik-beradik mak pengantin ni. Entah macam mana, tiba-tiba jatuh segugus buah bacang ke atas mereka. Habis badan ayah aku dan badan adik-beradik mak pengantin. Semuanya dilumuri dan berbau bacang. Walaupun dah mandi dan pakai sabun Lux, Dettol dan Shokubutsu, namun bau bacang tu masih melekat kuat lagi pada tubuh mereka, hingga kini.
Kami disambut oleh keluarga pengantin. Dan aku sendiri ketika melangkahkan kaki masuk ke perkarangan rumah, terserempak dengan bapak pengantin yang berbangsa Jerman tu. Lalu aku berteriak, "Heil Hitler!!!" Bapak pengantin terdiam sambil berkata-kata di dalam hati, "Apo konolah budak sorang ni? Hilang akal ko apo?" Melihatkan yang beliau tak ada respond terhadap teguran aku, lalu aku senyum aje pada dia, dan beliau jemput aku makan terus.
|
Menikmati juadah ketika perut telah berkeroncong memang mengasyikkan. |
|
Amier rembat karipap kat pinggan aku. Hu hu hu... |
|
Nasib baik ada lagi karipap. Dapat jugak aku jamah. |
|
Wanie paling banyak makan kat majlis tu. |
|
Masa ni memang tengah lapar betul. |
Kami semua duduk makan di suatu meja yang tak jauh dari pelamin. Oleh kerana kami datang agak lewat, maka tetamu banyak yang dah pulang ke rumah. Jadi suasana agak lenganglah sikit. Mata aku melilau menengok keadaan sekeliling, kot-kot ada wajah yang aku kenal. Memang tak ada melainkan beberapa orang artis seperti Neves Pretty Ugly dan Gambit. Lepas makan tu kami tak tunggu lama. Aku ambil gambar pengantin dengan Julia dan Gambit. Lepas tu aku ke meja Neves dan ambil pulak gambar dia. Kena berlakon jadi peminat nombor satulah kejap. Tapi mereka memang sporting, dah biasa menghadap paparazzi macam aku. Kami bersalam dengan tuan rumah dan terus beredar ke rumah makcik aku yang terletak tak jauh dari situ sebelum pulang ke rumah.
|
Menjamah makanan. |
|
Penuh konsentrasi ketika makan. |
|
Neves Pretty Ugly pose untuk aku. Aku salam dia banyak kali, macam fan giler kat dia. |
|
Posing pengantin, Gambit dan Julia Ziegler. |
|
English konsep kot, atau Jerman konsep. |
No comments:
Post a Comment