Dah agak lama jugak wife aku kata dia rasa macam nak makan belut kering goreng. Yang aku tau resipi macam tu ada kat restoran masakan padang aje. Tak kiralah padang bola atau padang kawat. Janji padang. Dan pada hari Sabtu lepas wife aku ajak makan kat Restoran Sari Ratu kat Desa Pandan. Ini memang restoran masakan padang. Wife aku pernah datang kat sini dulu dengan rakan sepejabatnya. Kami anak beranak setuju dan aku terus drive ke destinasi dengan gembiranya.
|
Di depan restoran. |
Dari luar macam tak ada orang aje. Tapi bila masuk dalam, ramai jugak orang yang mengunjungi tempat ni untuk makan-makan. Kami pilih tempat duduk kat belakang sekali, dekat dengan tempat cuci tangan. Kami pilih lauk-pauk yang terdiri dari belut kering goreng, ikan tilapia merah goreng u-turn (diorang panggil ikan nila), sayur kailan, gulai daging, paru goreng dan sambal hijau. Bila sampai aje hidangan, kami terus menerpa ke arah makanan bagaikan si pungguk rindukan bulan (macam tak kena je peribahasa ni. Tak pe lah). Satu-satu resipi aku rasa dengan penuh hati-hati. Dan ada dua masakan yang sangat sedap bagi aku iaitu belut kering goreng cili dan ikan tilapia merah (nila) goreng u-turn. Yang lain-lain tu agak biasa aje. Tapi kami makan ketika perut tengah mengaduh kelaparan. Memang sangat-sangat terasa kenikmatannya.
|
Berebut-rebut mendapatkan lauk. |
|
Belut kering goreng cili yang enak. |
|
Wanie suka makan. Hari-hari Wanie makan. |
|
Ikan tilapia merah a.k.a. ikan nila goreng u-turn yang jugak enak. |
Semua makanan terhidang licin kami kerjakan. Order pulak dessert ais-kerim dan tapai serta abc es teler. Pun licin jugak. Memang kami bagaikan piranha yang ganas di Sungai Amazon. Kami puas hati. Makan sedap, perut tak terlalu kenyang memboyot. Sekadar ngam-ngam aje. Kami bergilir-gilir sendawa selepas kenyang. Siap ambil nombor giliran lagi nak sendawa. Buuurrrrrppp...
|
Nasi habis. Dessert pun licin. |
|
Hanya teh tarik yang aku order belum dihabiskan lagi. |
Sedang aku nak basuh tangan kat sinki, tiba-tiba datanglah pulak si pelawak Salleh Yaakob ke sinki jugak. Dia pun nak basuh tangan jugak. Aku tegur dia, dan dia membalas teguran aku. Tak terasa kekok sangat dengan Salleh Yaakob ni pasal umum maklum mamat ni memang peramah kat semua orang. Aku pun ambil kesempatan nak bergambar dengan dia. Dan macam biasa Amier pun nak tumpang sekaki. Tapi dia masuk dalam frame lambat sikit. Jadi gambar dia tak berapa nampak. Amier tak puas hati. Dia nak ambil satu shot lagi. Tapi by that time si Salleh Yaakob tu pun dah beredar. Menangis-nangis Amier nak jugak bergambar sekali lagi. Takkan aku nak panggil balik Salleh Yaakob kot. Terpaksalah pujuk dia sampai dia reda. Rupanya Amier bukannya kenal siapa Salleh Yaakob pun. Sekadar nak bergambar dengan orang yang baru lepas basuh tangan kat sinki. Tu aje.
|
Bergambar dengan Salleh Yaakob. |
Alhamdulillah... ambik berkat bro -- bergambar dengan abang SY.. hahaha :D
ReplyDeleteIsh ish ish... :-(
ReplyDeletehi adisarah ..saya baru je upload gambar2 masa makan ngan famili kat sari ratu jln TAR. Not bad...first time pegi sana.
ReplyDeleteSenang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan,makan dan makan 100% hehe tak de topik lain!
Dan kalu sudi follow yer blog saya TQ TQ bebanyak
Ok bro. No hal. Dah jenguk pun blog tuan.
Delete