Ke Tasik Chini hampir setiap minggu kerana meeting kat tapak dah menjadi rutin baru ku. Rabu minggu sudah ke sana dengan Ahmad Sham dan Hj Airisal naik Alza. Sham jemput aku kat Gombak dan kami meredah Karak Highway dan menuju Chini melalui jalan sempit di Chenor. Tapi Sham bawak laju semacam je walaupun jalannya berombak-ombak. Aku yang duduk depan pun masih merasa sedikit mabuk macam pergi mancing kat tengah laut. Jadi aku perlu lebih banyak diam dari bercakap agar kadar pening lalatku terkawal.
Sg Chini yang bersambung dengan Sg Pahang. Pasti banyak ikan yang kelas A. |
Meeting tapak habis agak awal hari tu. Tapi Sham ada satu lagi meeting sebelah petang. Jadi aku kena tunggu sampai Sham habis meeting barulah boleh bertolak ke Kuala Lumpur. Sementara tunggu Sham, aku duduk bersembang panjang dengan Shahrizal pasal macam-macam benda sampai hampir kehabisan modal untuk berborak lagi. Dekat jam 6 petang barulah kami berangkat ke Kuala Lumpur. Sham siap salam-salam dengan semua orang sebab tak lama lagi dia nak berangkat ke UK ikut wife dia sambung belajar buat PhD. Meeting yang Sham hadiri hari tu pun mungkin yang terakhir sebelum dia resign. Kami sempat menjengah ke satu lokasi projek UKM buat benteng penahan Sg Chini. Masa tu air sungai keruh. Tapi lokasi yang baik untuk menjerat ikan sungai. Memang kat belah-belah sini banyak lokasi-lokasi mancing yang strategik. Bagi mereka yang stay overnight memang adakalanya mengambil kesempatan untuk memancing. Tapi aku prefer balik hari je pasal kalau berjalan jauh atau pergi memancing lebih seronok dengan keluarga. Kan wife aku jugak kaki mancing? Balik ke KL kami drive slow aje, pasal takda nak kejar apa-apa.
Shafiq dan Prof Wan Hamidon meninjau tapak projek. |
No comments:
Post a Comment