Cerita ni memang dah basi. Tapi tak kiralah. Bila jadual semakin sibuk, nak menulis pun tak berapa nak sempat. Lagi pun ada benda yang lagi basi lagi sedap. Macam tapai (ya ke?) Anyway, ini kisah masa sekolah anak aku kat Sekolah Kebangsaan Ampang buat hari Karnival Keusahawanan pada 9 Oktober lalu. Ramai punya orang macam pergi Jom Heboh TV3. Bezanya cuma tak ada artis je. Segala macam benda dijual. Tapi yang paling banyak dijual ialah makananlah. Aku spent RM40 kat karnival tu.
|
Bergembira di karnival yang cukup happening. |
Syahmie kena datang pagi sebab kena tolong cikgu setting tempat dan kemudiannya jaga gerai baling tin. Kesian aku nengok Syahmie susun tin kemek atas meja. Tin tu dah lah kemek. Ini menyukarkan tin tu nak berdiri tegap. Lepas tu siap aje susun baru tak sampai seminit, dah ada orang baling. Keletung! Bertabur lagi tin tu. Kutip lagi, dan susun lagi. Memang meletihkan sungguh. Tapi Syahmie dan geng-gengnya hanya boleh senyum ajelah pasal dah menjadi tugas mereka pada hari tu.
|
Syahmie dan rakan-rakan bertungkus-lumus menegakkan benteng yang dirobohkan oleh pihak musuh. |
|
Wanie beli jagung rebus kerana lapar. |
|
Orang cukup ramai di perkarangan sekolah. |
|
Guru besar sedang nyanyi lagu dangdut. Eh, silap! Sedang buat pengumuman anak siapa yang hilang (ye ke?) |
Selain jualan makanan dan minuman, ada jugak pondok mainan kanak-kanak yang warna-warni. Budak-budak memang suka melompat kat dalam pondok plastik berisi angin ni. Melompat sambil menjerit. Itulah yang digemari budak-budak untuk melepaskan tension belajar.
|
Kat belakang ada pondok mainan budak-budak yang sangat popular. |
|
Makan jagung dengan penuh perasaan. |
|
Gerai makanan. Cikgu-cikgu yang menjualnya. |
Dan satu perkara yang memang disediakan pada setiap karnival seumpama ini ialah bilik berhantu, atau jugak dipanggil Sekolah Berhantu. Masuk bilik gelap dengan bayaran RM3 sahaja. Bolehlah berkenalan dengan bermacam-macam jenis hantu termasuklah mak ponti, dracula, pocong, ju-on, nang nak dan macam-macam lagi. Menjerit-jerit bebudak bila masuk kat dalam dia. Amier bila dengar suara menjerit dan mengilai yang keluar dari dalam bilik tu terus takut dan panik. Dan dia terus nak balik rumah. Padahal dia baru dengar bunyi aje, bukan masuk dalam pun. Setelah sekian lama kat situ, kami pun balik dengan merasa sangat letih. Seminggu lepas karnival ni, murid-murid sekolah ni akan berdepan dengan peperiksaan akhir tahun pulak. Selamat berjuang!
|
Tiba-tiba hantu Dracula ni keluar mencari mangsa di luar kawasan penginapannya. Lariiiii!!!! |
No comments:
Post a Comment