Hari Ahad lepas, 16 Oktober 2011, kami ada buat majlis hari jadi untuk tiga orang anak kami - Syahmie, Wanie dan Amier. Ini lah first time kami buat combined birthday party. Kad jemputan yang simple telah diberi kepada anak-anak kami untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawan sekelasnya. Kami siap pasang khemah dekat jalan pasal membayangkan berapa ramainya kengkawan bebudak tu yang akan datang nanti. Kawan Syahmie - 40 orang. kawan Wanie - 40 orang. Kawan Amier - 10 orang. Campur keluarga saudara mara ada dalam 150 orang gamaknya. Itulah yang kami bayangkan. Kami dah siapkan goodies bags untuk budak-budak nanti.
|
Operasi nak potong kek. |
|
Wanie sedang fikir cara nak potong kek bagi kek rasa lebih sedap. |
Akhirnya tibalah saat yang dinantikan. Kawan Wanie yang datang adalah dalam enam atau tujuh orang. Kawan Amier cuma dua orang. Yang sorang tu bawak abang dia, jadi tiga orang. Kawan Syahmie... Cuma Azrul sorang je yang datang. Hmmm... Ada yang tak datang pasal nak periksa minggu depan. Tapi kawan Syahmie semua dah habis UPSR. Mana ada periksa lagi dah. Kami rasa Syahmie tak distribute habis kad jemputan tu, pasal birthday dia dah lepas masa bulan April dulu. Mungkin dia malu dan tak selesa kot. Birthday Amier pulak bulan Februari. Cuma Wanie sorang aje yang birthday-nya bulan Oktober. 31 Oktober sebenarnya.
|
Yang datang awal lukis-lukislah dulu. |
|
Salleh dan Amier dengan urusan masing-masing. |
Siapa yang datang awal kami suruh dia lukis-lukis dan kaler-kaler lukisan. Lepas tu bolehlah makan yang serba sederhana. Cuma ada bihun goreng, nugget, sosej, dan tid-bits yang lain termasuk buah dan minuman. Budak-budak tu aku nengok takdalah nak makan sangat pun. Jadi akulah yang makan dengan sepenuh jiwa raga.
|
Azrul dan Syahmie. |
|
Tetamu kanak-kanak sedang mendaftar. |
|
Kengkawan Wanie. Semua perempuan. |
|
Alif Hakimi - kawan sekelas Amier. |
Sebelum potong kek, kami buat doa selamat dulu yang dipimpin oleh ayah mentuaku. Lepas tu nyanyi lagu happy birthday beramai-ramai dan potong kek. Lepas tu barulah ada game budak-budak yang dipimpin oleh kakak iparku. Budak-budak nampaklah ceria sikit bila buat game. Walaupun orang tak ramai, tapi kira jadi jugaklah.
|
Atuk Atan baca doa. |
|
Sedang menunggu saat doa selamat dibacakan. |
Macam-macam game yang ada disediakan oleh kakak iparku, termasuklah game poison potato. Game "poison potato" ialah bila siapa makan potato tu dia pengsan, maka dialah pemenangnya. Tak lah! Bola macam kentang tu kena di-pass keliling bulatan sambil muzik dipasangkan. Bila muzik berhenti, nengoklah siapa yang pegang kentang tu. Nanti kena denda buat macam-macam benda seperti nyanyi, shuffle dan lain-lain lagi.
|
Kawan Wanie dan kawan Syahmie kena denda dalam permainan 'poison potato'. |
|
Anisa - kawan sekelas Amier yang petah berkata-kata. |
Ada jugak game musical chair. Aku rasa game nilah yang paling popular pada masa birthday diadakan. Siapa yang last sekali dapat duduk kat kerusi, dialah yang menang. Ada jugak game berdiri atas surat khabar sambil baca berita di surat khabar tersebut. (Tapi kalau tak nak baca berita pun tak apa). Sapa yang boleh bertahan paling lama atas surat khabar yang semakin mengecil tu, dialah dikira pemenang.
|
Musical chair. |
|
Permainan berdiri atas surat khabar lama. |
Lepas tu ada jugak game jangan bergerak bila muzik berhenti, ada senamrobik dan entah apa benda game lagi. Aku nak cadangkan pertandingan "lari menyelamatkan diri dari anjing garang". Tapi dah cari seluruh Ampang, tak jumpa pulak jumlah anjing garang yang mencukupi untuk dibuat pertandingan. Anjing kat Ampang ni nampak gayanya baik-baik belaka.
|
Kawan-kawan Amier. |
|
Kawan Wanie dapat hadiah. |
Lepas main game dan makan, barulah ada acara cabutan bertuah. Bebudak diberikan hadiah yang pelbagai bila nama mereka diumumkan sebagai pemenang. Actually hampir semua budak dapat hadiah cabutan bertuah, pasal hadiahnya banyak, tapi budaknya pulak sikit. Lepas dapat hadiah, masing-masing mula nak mengatur langkah untuk balik. Terima kasihlah kawan-kawan kerana datang ke majlis yang tak seberapa ni. Kepada kengkawan Syahmie, selamat menempuh alam sekolah menengah yang lebih mencabar.
|
Kawan Syahmie pun dapat hadiah juga. |
|
Anisa pun dapat hadiah. |
|
Kawan Wanie ambil hadiah dari isteriku. |
|
Isteriku dengan kawan Wanie. |
|
Kawan Wanie lagi. |
|
Syura dan Mukamil. Mukamil baru lepas nangis sakit kepala benjol. |
|
Irfan - brother yang cool jaga adik kecilnya-Anisa. |
|
Masih kawan Wanie. |
|
Kamil pun dapat hadiah dari Mak Usu. |
|
Kois tak dapat hadiah, tapi dia tetap gembira. |
Bila malam menjelang, ketika semua tetamu dah pulang ke rumah masing-masing, barulah Wanie buka hadiahnya. Dapatlah dia hadiah yang best-best dari semua orang termasuklah beg, buku, patung dan macam-macam lagi. Tapi takda pulak orang yang bagi makanan, sedangkan Wanie memang suka makanan, tak kiralah apa saja makanan. Terima kasih teman-teman kerana bagi Wanie hadiah.
|
Wanie dengan hadiah-hadiahnya. |
|
Hadiah buku dan beg 'Angry Bird'. |
No comments:
Post a Comment