Ini pun berlaku minggu lepas jugak. Kami ke kedai buku kat Ampang Point untuk mencari beberapa perkara. Orang yang paling excited bila sampai kat kedai buku ialah Amier. Dia akan menjadi menggelabah dan rambang mata memilih buku yang tersusun di rak. Walaupun kami tak berjanji untuk belikan dia apa-apa buku, Amier tetap akan fikir sebuah buku baru akan menjadi miliknya pada waktu itu. Kalau kami tak layan kehendaknya, dia takkan balik. Dia akan terus menerus meminta sebuah buku dibelikan untuknya. Kalau masih tak beli jugak, akhirnya dia akan menangis. Lumrahnya macam tulah. Tapi oleh kerana kami nengok Amier memang selalu menghargai buku-buku koleksinya dengan selalu merujuk dan mencedok sebanyak mungkin ilmu dari buku-buku simpanannya, maka kami pun akan belikanlah satu buku, biar pun yang paling murah agar dia berpuas hati. Ini semua bagi mengekalkan minat membacanya yang mendalam. Pada hari itu, Amier mandapat sebuah buku pasal binatang. (Dan sebenarnya memang Amier dah banyak simpan buku pasal binatang).
Khusyuk mentelaah buku yang bakal dibeli. |
No comments:
Post a Comment