m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 22, 2011

Amier pulak yang demam

Kalau hari Rabu lepas aku dilanda demam dan sakit kepala, pada Khamis semalam, Amier pulak yang dilanda demam. Amier tak ceria macam selalu. Setelah dipujuk-pujuk, barulah Amier bersetuju untuk dibawa ke klinik berhampiran. Doktor bagi ubat-ubatan yang perlu. Bila balik rumah, Amier cuma berselera untuk makan roti kaya beberapa suap sahaja, minum susu cokelat dan minum 100 Plus beberapa teguk. Lepas tu aku bagi dia makan ubat. Dalam kepayahan dan keterpaksaan, Amier telan jugak ubat tu.

Amier tidur di tengah-tengah di antara aku dan isteriku. Tapi Amier sering terjaga. Badannya bertambah panas. Kami letakkan kain basah atas dahinya. Dan aku suruh Amier makan ubat demam lagi. Dia tak membantah. Pagi tadi suhu badannya dan turun sedikit. Tapi masih ada lagi demamnya. Semoga Amier cepat sembuh dan kebah dan ceria macam selalu.

Di klinik berdekatan.

Wednesday, December 21, 2011

Hari cuti sakit

Semalam aku mc. Cuti sakit. Sakit demam selesema batuk dan yang paling aku tak tahan ialah pening kepala yang berdenyut-denyut. Ingatkan dapat mc bolehlah buat kerja-kerja ringan kat rumah. Tapi oleh kerana terasa kepala terlalu berat, aku cuma tidur aje sepanjang hari. Pagi lepas sarapan dan makan ubat, aku tidur. Bangun tengah hari, makan lunch dan makan ubat dan solat zuhur, lepas tu sambung tidur lagi sampai asar. Sampai hari ni pun kepala aku masih belum betul-betul okay lagi. Tapi dah boleh berfikir dengan waraslah. Tak seberat semalam.

Dua berita yang aku terima semalam ketika aku sakit ialah: 1. Berita pasal Syahmie telah diterima masuk belajar di sekolah Mahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar di Banting. Dan nama Syahmie berada pada rank paling atas, yang bermakna calon yang mendapat markah tertinggi. Aku punyalah happy dengan pencapaian Syahmie dan dengan tawaran dari sekolah tu. 2. Berita pasal ayah mentua aku dimasukkan ke hospital pasal dah demam beberapa hari dan masih belum kebah. Malam semalam sempat jugaklah aku anak-beranak menjengah ayah kat hospital. Memang badannya masih kelihatan lemah. Semoga ayah cepat sembuh dari segala kesakitan.

Dan balik kepada kisah Syahmie, kata Syahmie dia memang berminat untuk belajar di sekolah Mahad Integrasi tu. Tapi kami masih menanti keputusan kelayakan masuk belajar ke MRSM Ulul Albab jugak. Rasa-rasanya kedua-duanya pun lebih kurang sama dari segi silibus. Biarlah kami beristikharah dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang muktamad.

Tuesday, December 20, 2011

Meratah kambing segar

Malam semalam kami dapat undangan makan kambing golek dari kengkawan kat Drilling Department. Lepas solat maghrib, lepas ambil anak-anak dari tempat mengaji, kami pun terus menghala ke Restoran Mak Tim kat Keramat. Dah ramai kengkawan yang berkumpul dan menjamu selera. Tanpa membuang masa, aku, isteri dan anak-anak terus menerpa ke tempat makanan dihidang. Nasi beriyani ayam dan kambing golek hebat kami ambil dan menikmati kesedapannya.

Kambing ini masih mengembek ketika digolekkan di atas bara api.
Habis satu pinggan. Next, pinggan kedua pulak.
Amier tengah konsentrasi makan kentang lenyek.
Menjamah kambing golek.
Sebenarnya, jamuan ringkas ini diadakan bagi meraikan sahabat kami, Bakri yang akan meninggalkan company tak lama lagi untuk bekerja di tempat yang baru. Majlis ini juga telah ditaja bersama oleh Juanih dan Muzily. Itulah yang telah kami diberi tahu. Kebetulan malam tadi aku dah makan nasi kat rumah. Jadi sewaktu kat jamuan, aku telah agak kenyang dan tak mampu nak makan banyak-banyak. Kepala pulak tengah agak pening-pening lalat. Padahal, gambing golek segar yang disajikan merupakan kegemaran aku anak beranak sepanjang zaman. Kambing golek tu sangatlah segar dibawa dari ladang, hinggakan sewaktu petugas memotong-motong kambing, masih terdengar suara kambing sedang mengembek.

Keluarga Juanih, penaja bersama.
Amier makan dengan penuh semangat.
Chih Chiang dan Zack sedang mendapatkan makanan subsidi.
Sam dan Roslan bersembang pasal jenis-jenis kambing di dunia.
Brother Hashim terduduk kekenyangan.
Kepada yang sponsor, Juanih dan Muzily, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga rezeki kalian lebih murah dan berkat. Kepada Bakri, selamat maju jaya dan semoga lebih berjaya di tempat kerja yang baru nanti.

Muzily (penaja bersama) dan Mavis.
Bakri (yang diraikan) dan Kak Pah.
Keluarga Bakri.
G-Ha, Ratu, Azleen dan baby Zack.
Bani tengah concentrate makan nasi beriyani dan kambing. Masa ni tak boleh ditegur, nanti hilang fokus.
Pak Tib yang sentiasa nampak hensem.
George dan Hairy baru habis makan.
Fadzal kejap lagi nak tambah sepinggan kambing golek.
Hanif gembira pasal dia dapat makan kambing yang diidam-idamkan selama berkurun lamanya.
Amier makan dengan sangat lahap sekali. Kambing, kentang lenyek, nasi, ayam, papadom, air sirap limau, semua dia bedal sampai licin. Bila dah kenyang, barulah Amier mintak nak balik rumah. Tak sempat kami duduk lebih lama untuk bersembang-sembang dengan teman-teman. Sekali lagi, terima kasih dan selamat maju jaya.

Amier dengan penutup juadah - air sirap limau power!

Monday, December 19, 2011

Mencipta juara di usia muda

Court dah ditempah minggu sudah. Tiba hari Ahad pagi, kenalah kami bangun awal untuk bersiap-siap pergi training main tennis kat Tasik Titiwangsa. Entah macam mana pagi tu aku bangun agak terlewat sikit. Anak-anak aku pun macam tu jugak. Kelam kabut kami bersiap dan hanya tiba di gelangang jam 8.30 pagi. Lewat setengah jam. Masa aku memandu kereta keluar rumah aje aku macam dah rasa pagi ni punya session akan berlangsung agak hambar. Tak sempat nak buat overall punya stretching, aku dah suruh anak-anak aku berlatih memukul bola forehand dan backhand. Syahmie tak ada masalah nak memukul bola forehand. Wanie nampaknya macam kurang bersemangat sikit. Aku kerah jugak tenaga mereka. Kemudian buat latihan backhand. Yang ini memang lebih susah sebenarnya. Tapi Syahmie dapat memukul target dengan lebih tepat. Tapi footwork dia macam kelam kabut sikit. Tak berapa stable. Wanie ada masalah nak coordinate lantunan bola yang menuju ke arahnya. Tapi masa buat pukulan backhand, footwork-nya lebih stabil. Memanglah makan masa sikit. Aku sendiri pun makan bertahun-tahun nak betulkan footwork dan topspin. Pun masih tak konsisten lagi. Inikan pulak anak-anak aku yang baru beberapa sessi menjinakkan diri dengan permainan tenis.

Lepas training Syahmie dan Wanie, kini tiba giliran aku pulak untuk main. Yang join aku ialah abang Hj Nordin, Abang Murad dan Helmi. Seperti firasat aku tadi, permainan aku sangat hambar. Macam tak puas main pasal banyak sangat buat unforced error. Ingatkan nak extend lagi sejam, tapi tiba-tiba jam 10 pagi dah ada orang lain yang booking court. Apa yang aku boleh buat hanyalah balik ke rumah.

Coach Adi dan Syahmie.

Coach Adi dan Wanie.

Berenang-renang ke tepian

Apakah yang paling menyeronokkan bagi Amier bila bermalam di hotel? Bukan bilik hotelnya. Bukan makanan sajiannya. Bukan juga peluang menonton tv dengan channel yang banyak. Tapi kerana boleh mandi kat swimming pool seharian sampai kecut kulit! Bangun pagi, Amier dah sibuk mencari pakaian mandinya dan bersiap-siap untuk berenang di kolam renang. Wanie dan Yana turut bersiap-siap untuk berenang bersama. Kolam untuk kanak-kanak sangat cetek airnya. Cuma kira-kira 70-80 sm sahaja. Kolam yang paling dalam pun cuma sekadar 120 sm sahaja iaitu kira-kira 4 kaki. Tapi Amier lebih selesa berenang dan bermain air di kolam yang cetek airnya, walaupun saiznya sangat kecil.

Amier berteriak bak Tarzan.
Kolam yang dikelilingi bangunan tinggi.
Yana di kolam budak-budak.
Bersantai dalam air atas tangga.
Di kolam, Amier buat pelbagai aksi imaginasi haiwan-haiwan laut. Wanie dan Yana pula yang lebih pandai berenang lebih teruja membuat renangan di kolam yang lebih dalam. Syahmie nampak gayanya lebih suka duduk tepi kolam aje macam aku. Dah lama Syahmie tak kelihatan berenang-renang macam adik-adiknya. Aku ada jugak tanya, nanti kalau lama tak berenang takut lupa pulak cara berenang. Syahmie kata dia masih ingat lagi dan konfiden boleh berenang macam biasa.

Wanie dan Yana.
Syahmie lebih senang badannya kekal kering.
Di tepi kolam, tapi tak berenang.
Wanie sangat suka mengapungkan diri. Syahmie pun dulu pandai apungkan diri jugak. Tapi dah lama dia tak buat pasal dah lama tak turun kolam. Bila Wanie rasa mengantuk kat tengah kolam, dia akan pejamkan mata dan tidur kat kolam tu dengan mengapungkan badannya. Zzzzzzzz......

Tidur dalam kolam.
Amier suka berenang. Hari-hari Amier berenang.
Bakal jaguh perenang negara.
Amier dengan gaya walrus.
"Alamak! Mengantuk lagi. Jom tidur!"
Sewaktu kami kat kolam memang tak ramai orang yang mandi-manda. Jadi anak-anak lebih selesa bergerak ke mana saja di sekeliling kolam tanpa ada gangguan dari tetamu hotel yang lain. Anak-anak mandi di kolam selama kira-kira sejam setengah. Tak boleh terlalu lama sangat, nanti perut kembung, dan boleh muntah. Dan macam selalulah, Amier takkan puas mandi walaupun tempoh dia berada dalam air sudah agak lama.

Di sekitaran kolam renang.
Di kolam kanak-kanak.
Berlatar belakangkan tapak pembinaan.
Merehatkan kepala atas batu.
Amier cuba mengapungkan badan.
Masih berusaha keras untuk cuba terapung.
"Bila nak habis mandi ni?"
Okay. Dah puas mandi dan berenang.
Melihat anak-anak di kolam.
Kami naik ke bilik hotel, sarapan, berkemas dan pulang sebelum jam 12 tengah hari. Penat jugak rasanya walaupun percutian ini sangat dekat dengan rumah kami di Ampang.

Mahu kembali ke bilik hotel.
Nak sarapan pagi pulak lepas ni.

Sunday, December 18, 2011

Hotel yang ada dua pokok

Hari Jumaat malam, kami bermalam di Hotel Double Tree dan check out hari Sabtu tengahari. Kebetulan ada voucher, kami manfaatkan sepenuhnya. Yang paling ternanti-nanti saat kami tidur kat hotel ini ialah Amier. Dari minggu lepas dia asyik bertanya bila nak tidur hotel. Akhirnya saat yang dinantikan pun tiba. Lobby Hotel Double Tree memanglah hebat dan cantik. Dulu hotel ni diberi nama Crown Princess, di bawah pengurusan lain.

Baru tiba - Yana dan Wanie.
Menunggu saat check in.
Di lobi hotel.
Amier yang terlebih teruja telah lari ke sana ke sini.
Ada banyak arca di lobi hotel.
Antara perkara yang hebat ialah biskut cokelat selamat datangnya yang sebesar tapak tangan. Dimakan ketika panas-panas memang sangat sedap. Macam tak kecukupan. Kemudian kami masuk ke dalam bilik. Bilik mandi berdinding kaca sangatlah mengerikan! Tapi rupanya ada langsir yang boleh di-control daripada dalam bilik air menggunakan satu suis khas. Kami juga dapat satu kek complementary dari pihak hotel sebab hari Jumaat tu ialah hari jadi isteriku.

Biskut selamat datang yang terhebat di alaf ini..
Bilik mandi berdinding kaca.
Syahmie di meja tulis.
Amier tak boleh dipisahkan dengan I-Pad.
Esok paginya kami order satu set breakfast ala western untuk dimakan bersama-sama. Nampak gaya macam terlalu sikit dan tak cukup nak kongsi sampai tujuh orang. Maka aku dan Syahmie telah pergi ke Ampang Park yang terletak berdekatan dan membeli perkakas sarapan dari sebuah supermarket. Barulah cukup! Kami makan bersungguh-sungguh sampai semua orang cukup kenyang.

Masa untuk sarapan.
Sebelum pulang kami bergambar kenangan ramai-ramai. Anak-anaklah yang paling menikmati keseronokan bercuti di hotel di Kuala Lumpur. Ibu dan ayah berasa seronok bila melihat anak-anak seronok. Kami check-out apabila jam menunjukkna hampir jam 12 tengahari. Pulang ke rumah cuma mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

Bergambar kenangan di kamar hotel.
Bergambar satu keluarga.
Amier dah tak nganga mulut besar-besar lagi.
Di pintu luar bilik hotel.
Di samping pokok krismas.
Masa untuk check-out.