Dulu aku pernah berkisah pasal Restoran Nagemas ni (http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/01/menghantar-syahmie-ke-gemencheh-makan.html). Masa tu kami singgah makan lewat tengah hari selepas hantar Syahmie ke MRSM di Gemencheh. Masa tu jugak kami rasa resipi nasi ayam yang disajikan sangatlah sedap. Mungkin memang perut kami tengah betul-betul lapar kot.
Termenung melihatkan nasi tanpa lauk. |
Kami berkesempatan lagi untuk menikmati keenakan nasi ayam di restoran ini. Sebenarnya, telah beberapa kali kami ke Gemencheh dan lalu di depan restoran ini. Tapi tutup memanjang. Hari Ahad tutup. Hari bukan Ahad pun tutup jugak. Entah kenapa, tiba-tiba pada hari Selasa lalu dia bukak pulak. Dan kami pun tak lepaskan peluang.
Sebenarnya pada waktu tu, aku taklah terlalu lapar. Pasal dalam kereta dah makan macam-macam jenis makanan ringan. Maklumlah, takut mengantuk. Jadi bila masuk restoran tu, aku taklah teruja sangat. Setelah pesanan dibuat, order kami pun sampailah. Memang nampak menyelerakan. Tapi, bila aku mula menyuapkan makanan itu ke dalam mulutku, aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Tak seenak masa kali pertama aku ke sini. Beberapa kekurangan yang perlu dititik beratkan oleh pihak peniaga termasuklah:
a) Nasi dah sejuk, tak panas lagi,
b) Ayam dia agak keras liat, macam kena reheat,
c) Kicap yang dicurah kat ayam tu terlalu masin, sampaikan ayam tu pun terikut jadi masin.
Aku rasa itu aje kot. Yang lain boleh maintain. Letak tauge dalam sup tu bagi aku sesuatu yang kreatif jugak. Sambal dia pun kira okay jugak. Kalau komen aku yang sedikit tu dipertimbangkan, mungkin restoran ni akan jadi top lagi seperti waktu mula-mula dulu. Selamat mencuba!
Dengan Syahmie menunggu lauk sampai. |
Amier kata perutnya sakit. Tapi bedal nasi boleh tahan jugak banyaknya. |
Bersiap sedia untuk makan. |
Inilah juadah yang disajikan. |
Makan dengan penuh selera. |
Menghirup sup sampai ke titisan kuah yang terakhir. |
No comments:
Post a Comment