Minggu lepas, secara tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari kakakku. Nadanya begitu cemas dan mendebarkan. Aku turut menjadi gementar secara tak semena-mena. Apakah halnya agaknya? Ohhh... Rupa-rupanya, anak saudaraku, Farid terkandas di pinggir tasik kat kawasan Ampang Hilir. Bateri keretanya lemah gemalai dan tak bermaya untuk menjana tenaga buat kereta yang dipandunya bergerak. Dalam bahasa pasar, dikenali sebagai penyakit 'bateri kong'.
Okay. Aku pun terus keluar rumah dan memandu ke arah Ampang Hilir, sambil mencari kat manakah letaknya kereta Farid tu. Setelah jumpa, dan menempatkan kereta di lokasi dan posisi yang sesuai, aku pun terus mengeluarkan heavy duty jumper cable dan men-charge bateri kereta Farid. Dan terus kereta Farid boleh dihidupkan. Aku pun pergi meninggalkan Farid dan dua orang kawannya kat belakang. Selepas bergerak tak berapa jauh, aku nampak melalui rear mirror, kereta Farid macam terhegeh-hegeh dan agak tak bermaya. Fikirku, macam nak mati lagi enjin kereta Farid nampak gayanya. Telahan ku betul. Tapi masa tu aku dah sampai kat rumah. Kakak ku telefon lagi. Katanya kereta mati dan tersadai lagi kat Ampang Point pulak. Aku tak terus bergegas ke sana. Sebaliknya aku siap baca surat khabar dulu, releks-releks, makan-makan, baring-baring, main-main dengan anak-anak, masak-masak, dan macam-macam lagilah yang aku buat. Setelah dekat sebulan, barulah aku keluar rumah dan pergi kat tempat kereta Farid tersadai tadi.
Macam sebelumnya jugak, aku charge bateri kereta Farid menggunakan jumper cable. Kali ni aku bagi charge lama sikit. Ada dalam lima jam agaknya aku charge bateri tu. Lepas tu kereta pun bergerak lancar. Sampai kat kawasan surau kat rumah aku, kereta Farid mati lagi. Nasib baik aku follow dari belakang. Jadi aku terus bagi charge bateri kereta Farid untuk kali ketiga berturut-turut. Kali ni aku charge lagi lama untuk memastikan ianya lebih power. Aku telah charge bateri tu selama hampir 3 tahun 7 bulan. Dan setelah itu, aku suruh Farid terus pergi ke workshop berdekatan untuk nengokkan keadaan kereta. Mekanik tu kata, "Lu punya keleta punya alternater sulah talak cantek wooooouuu... Itu lu punya keleta punya bateli sulah tatak moleh chas woooooouuuuu... Lu punya alternater misti kasi nganti wooooouuuuu..." Okay lah tu. Farid kata kat mekanik tu, hari Isnin nanti baru kereta tu akan dihantar ke workshop. Okay settle.
Sedang men-charge bateri kereta Farid. |
No comments:
Post a Comment