Setelah kurang seminggu Allahyarham Ayahanda Haji Atan pulang ke Rahmatullah, kami mengadakan kenduri tahlil di Flat Sri Sabah - lokasi yang sangat sinonim dengan Allahyarham. Allahyarham Ayahanda memang lama menetap di sini, dan penduduk-penduduk di sini, semuanya telah mengenali Allahyarham Ayahanda sebagai orang yang paling tua dan dihormati. Majlis bermula selepas solat isyak berjemaah di surau. Bacaan surah Yasiiiiin dan tahlil diketuai oleh Pak Haji Yaakob dan seorang lagi ustaz/imam muda yang turut menetap di kawasan itu.
Para jemaah menikmati juadah. |
Faiisal pula menikmati shisha kecil sampai terbatuk-batuk dia. |
Fai dan para jemaah yang lain turut meramaikan majlis. |
Terasa kesedapan memakan nasi beriyani ketika perut tengah kosong. |
Giliran ahli keluarga pulak beratur mendapatkan makanan. |
Para jemaah dijemput makan setelah majlis tahlil selesai. Para jemaah agak ramai memenuhi ruang koridor. Tikar panjang dibentangkan. Jiran-jiran bersebelahan semuanya telah faham akan amalan kebiasaan orang-orang di flat sekiranya majlis seumpama itu diadakan. Para jemaah dijamu dengan nasi beriyani lauk ayam dan kambing. Juadah tu, aku yang pergi ambil dari restoran kat Kepong. Faridz dan Abang Zahid turut menemani aku ke Kepong ketika waktu maghrib.
Fai dan Faridz. |
Koas bertugas mengawal kelancaran lalu lintas di koridor flat. |
Amin dan Faiisal - gembira pasal dapat makan. |
Mengambil air untuk diminum. |
Abang Zahid dengan keratan akhbar yang menceritakan tentang kehebatan pasukan EPL Liverpool. |
Sesudah makan. |
Merenung highway yang terletak tak jauh dari situ. |
Membungkus makanan untuk diagih-agihkan. |
Mukamil sedang bersantai. |
Anak-anak muda sedang menuju tangga kejayaan. |
Di atas tangga kejayaan ada pandangan yang menyeronokkan. |
Tiga cawan sedang bergambar dengan Faridz dan Fai. |
Sesudah siap makan, kami duduk sebentar di situ, sambil duduk bersembang sesama kami. Dan sambil mengemas-ngemas rumah, dan membungkus makanan lebih untuk diagih-agihkan kepada semua keluarga dan jiran-jiran bersebelahan. Kami masih di flat sampai agak lewat malam. Aku dan keluarga pulang ke rumah setelah jam melewati waktu pukul 12 malam.
Hani di balik pintu gril. |
Abang Haji Khalid memberikan sedikit tazkirah. |
Intan di balik jeriji besi. |
Yaya dan Nana membungkus Lala-uk.. |
Sri turut membantu dalam proses pembungkusan makanan. |
Ika dan Kak Piah memastikan makanan cukup untuk diagihkan kepada seluruh penduduk kampung. |
Proses pembungkusan sedang giat dijalankan. |
Zuan dan Kois bercerita kisah lama - ketika zaman Portugis dulu. |
Abang Zai dan Abang Zahid berbincang tentang pembangunan di Perak. |
Amin sedang membelakangi piring Astro. |
Abby merenung jauh sambil mencabut janggut terlebih. |
Akid sedang mempamerkan lengannya yang besar macam body builder. |
Amier hairan kenapa mukanya kelihatan kehairanan. |
Masih belum selesai membungkus. Huda terpaksa membantu juga. |
Amier sedang menengok kuman bakteria yang tiba-tiba hinggap di pintu. |
Faiisal dalam aksi yang mencurigakan. |
"Tidurlah wahai anakku, sayang. Lepas ni, papa pulak nak tidur..." |
No comments:
Post a Comment