Hari yang sangat bersejarah bagi Abang Haji Khalid ialah pada 26 hb Januari 2013. Itulah hari beliau bernikah dengan Kak Shidah di suatu majlis yang sangat sederhana. Tapi kisah itu aku reserve-kan untuk kemudian. Ini adalah kisah sehari sebelum Abang Haji Khalid menjadi raja sehari. Tentunya ada banyak persiapan yang perlu dibereskan. Lalu kami semua berpakat-pakat untuk berkumpul di rumah Kak Timah, menyiapkan apa-apa yang patut sempena esok hari. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, maka banyaklah acara yang terkandung di dalamnya.
|
Abby sedang potong kek. |
Salah satu acara ialah meraikan hari jadi Abby Solehin. Sebuah kek yang cantik telah dibekalkan dan upacara memotong kek pun berlangsunglah dengan sangat pantas. Belum sempat semua orang habis nyanyi lagu birthday lagi, kek dah dipotong, dan setengah dari kek telah terus dimakan dan dihabiskan oleh birthday boy. Betapa ringkas dan cepatnya majlis happy birthday tu berlalu.
|
Anak-anak saudara. |
|
Abang Leman dan Abang Haji Khalid. |
|
Berbincang cara-cara nak ambil gambar boy friend supaya namapak lebih hensem. Hik hik... |
Selain dari tu, ada jugak buat bacaan surah Yasin, dan tahlil ringkas dan bacaan doa tahlil dan doa selamat agar semua urusan pernikahan esoknya berjalan lancar. Itu jugak berjalan sangat ringkas dan cepat. Selepas tu barulah acara makan-makan, sekadar apa yang ada. Tapi ada jugak yang dah mula makan sebelum acara birthday dan tahlil bermula. Memang pada petang dan malam tu, matlamat utamanya ialah untuk menyediakan barang-barang hantaran dan persiapan yang secukupnya untuk bekalan hari esok.
|
Kois suka makan tembikai. Hari-hari Kois makan tembikai. |
|
Saiful melayan adiknya main benda. |
|
Saleh terkagum dengan kebolehan Taqif bermain game dengan baik. |
Sementara orang tua membuat kerja, anak-anak teruslah bermain game, atau bermain apa-apa saja yang sesuai untuk dimainkan oleh anak-anak. Sampailah mereka penat, lapar dan dahaga. Dan lepas rehat, main lagi sampai letih. Dan kami pulang ke rumah agak lewat malam. Tapi rumah kami dengan rumah Kak Timah dekat aje pun. Ya. Besok adalah hari besar untuk Abang Haji Khalid. Kita nantikan!
|
Amier sedang konsentrasi sesuatu. |
|
"Satu Malaysia!" itu saja pesanan dari Adam. |
No comments:
Post a Comment