Bahagian 1
Masa cuti sekolah hujung tahun sudah, Disember 2012, aku satu famili (kecuali baby Sabriena) pergi bersiar-siar kat Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak dekat dengan Lake Garden. Last time aku pergi tempat tu masa aku masih bujang lagi. Pergi dengan mak ayah aku. Masa tu Taman Burung tu baru aje dibukak. Burung pun tak ada lagi kat dalam taman tu. Seingat aku cuma ada sekor angsa, tiga ekor itik serati, dan sepuluh ekor ayam injek yang duduk diam aje. Dan dia punya tarikan masa tu ialah sekor ayam serama yang bulunya dah banyak gugur. Tu aje. Yang lain cuma ada telur burung yang masih belum menetas. Dan pokok-pokok pun masih belum besar lagi. Macam nengok burung kat padang pasir aje.
|
Di sekitaran Taman Burung. |
|
Di bahagian luar taman. |
|
Amier memang sangat teruja dapat masuk ke dalam taman ini. |
Tapi masa kami pergi hari tu, suasana dah berbeza. Tempat tu dah semakin happening. Pokok-pokok dah tinggi menggalah. Batang pokok pun dah sebesar pemeluk King-Kong. Populasi burung kat taman tu, jangan cakaplah. Dah padat penuh dengan burung-burung pelbagai spesis berlegar-legar dan berterbangan. Masa kami masuk kat dalam taman tu, kami siap kena berhimpit-himpit dengan puluhan burung ostrich yang sedang lepak kat tengah laluan. Lepas tu kena berasak pulak dengan burung emu. Itu tak termasuk burung undan yang siap boleh marah-marah kami. Wife aku paling teruk kena marah dengan burung undan tu masa dia cuba pegang burung undan tu. Dan sewaktu kami melintasi kawasan berair, kami siap terpijak atas beberapa ekor penguin yang sedag menggelunsur dari atas bukit menuju ke kolam. Punyalah banyak burung kat taman tu sekarang.
|
Pintu masuk utama ke taman burung. Bermulalah ekspedisi pengembaraan meninjau populasi burung. |
|
Kami disambut oleh seekor burung merak yang bangga dengan kecantikannya. |
|
Wanie mencari arah tujuan menggunakan map. |
|
Di suatu lokasi burung bermastautin. |
|
Burung undan Australia ni marah wife aku ketika dipegang badannya. Tak sempat aku nak try pegang. |
|
Mulut burung ni besar dan mengerikan. Aku rasa kalau dia bukak mulut, mungkin dia boleh telan aku bulat-bulat. |
Orang yang paling teruja sekali dalam trip kali ni ialah pastinya Amier. Dia dah biasa nengok burung-burung ni semua dekat gambar. Banyak nama-nama burung dia kenal. Bila dapat tengok secara live, lagilah dia super excited. "Ha! Itu burung Australian gull. Itu burung scarlet ibis. Itu burung mynah. Itu burung green macaw. Dan macam-macam lagi. Aku pun tak pandai nak menyebutnya.
|
Bersama seekor bangau yang agak jinak. |
|
Bangau putih ni memang sangat banyak berkeliaran. |
|
Merak ni suka main kat semak. Kan bulunya dah tak cantik. |
|
Tengok peta kejap. Tak tau mana lagi nak dituju. |
|
Amier bagi thumb up. |
|
Ini burung bangau ibis. Boleh didekat, tak boleh dipegang. |
|
Bergambar dengan merak dan bangau. |
|
Pokok besar ni menjadi rumah bagi kawanan bangau. |
Perjalanan agak memenatkan jugak pasal kawasan yang perlu dijelajah agak luas jugaklah. Tapi dengan pemandangan yang sangat menarik, rasa penat lelah tu sedikit sebanyak dapat dilegakan jugaklah. Cuma sewaktu berjalan tu, kena hati-hati jugak. Kena pastikan kawasan mana yang burung suka bertenggek atas pokok, dan ada kalanya melepaskan tembakan hendap dari atas. Kalau kena kat badan, tak hilang baunya yang semerbak tu.
|
Kawasan ni banyak sungguh najis burung yang turun dari langit. |
|
Banyak pokok besar sebagai teduhan. |
|
Merak ni kebetulan penyokong kelab EPL Chelsea jugak. Dia yang bagi tau kat aku macam tu. |
Bila dah penat tu, mestilah kena beli air untuk minum. Tapi air kat sini agak mahal jugak harga dia. Berganda-ganda mahalnya dari pasaran biasa. Bila ditanya kenapa mahal, pekerja tu dengan selamba menjawab, "Errr... sebab air minuman dalam tin, kotak dan botol ini semuanya telah diterbangkan khas dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan burung-burung di taman ni jugak, seperti burung helang dan bangau yang memang suka bermigrasi dari setempat ke setempat". Ohhhh... macam tu ka?
|
Aku tak tau ini burung apa. Tapi aku nengok rupa dia sebijik macam ikan. Mungkin penguin dah kena mutation kot. |
|
Amier nak bergambar dengan burung ni. Tapi burung tu pemalulah pulak, kan... |
|
Ini kawasan bangau pelbagai spesis. |
Aku jugak perasan, populasi beberapa jenis burung kat sini memang agak banyak. Rupanya ada di kalangan burung-burung yang membiakkan warga mereka secara natural. Boleh dilihat telur burung merak, contohnya, yang bergelimpangan di sarangnya. Wah! Aku memang sangat teruja. Next time kalau aku datang lagi, aku nak bawak kuali, minyak masak dan dapur gas. Bolehlah aku merasa makan telur goreng menggunakan telur burung merak, burung enggang, helang dan kakak tua.
Bersambung...
|
Burung flamingo kat sini tak ada pulak yang warna pink. |
|
Laluan yang sangat menarik. |
|
Kat belakang tu, ada satu burung warna merah. (Nampak tak?) Nama dia scarlet ibis. Sangat cantik! |
No comments:
Post a Comment