Tanggal 26 Januari 2013 - Abang Haji Khalid dan Kak Shidah akan disatukan sebagai suami dan isteri yang sah. Dan penyatuan ini akan dilakukan selepas solat asar, selari dengan motto PM Najib - "1 Malaysia". Kami telah berkumpul di rumah Kak Timah lebih awal lagi. Last check terhadap barang-barang hantaran. Mau kasi bagi canteeek sikit! Antara barang hantaran yang disediakan termasuklah Al-Quran, telekung, buah-buahan, kek, sirih junjung, dan semestinya cincin dan mas kahwin. Aku pun tak perasan ada berapa dulang semuanya. Mungkin sembilan kot.
|
Barang-barang hantaran yang disediakan. |
|
Mak aku turut hadir. |
|
Wanie kena nampak garang sikit, pasal dia jadi penjaga barang-barang hantaran. |
|
Ika dan Shahira pakai glamer untuk meraikan pernikahan Pak Andak mereka. |
|
Ali, Hidayat, Faiisal dan Amin sedang mencari calon isteri masing-masing dalam Google. |
Sementara menanti waktu untuk bertolak ke rumah keluarga Kak Shidah, kami kat rumah Kak Timah buatlah apa-apa yang patut. Ada yang main game kat i-pad, ada yang makan dan minum apa juadah yang tersaji, ada yang duduk bersembang sesama sendiri, dan ada jugak yang tak buat apa-apa. Dan aku sendiri sibuk mengambil gambar ahli keluarga yang ada berkumpul kat situ.
|
Amier agak kebosanan dengan hal orang-orang besar. |
|
Kak Esah sedang menyusun strawberi bercokelat. |
|
Kak Piah - pakar gubah bunga. Sebenarnya ini bukan bunga junjung, tapi ini sirih junjung. |
|
Syahmie dan ayahku, datuk Syahmie lah tu... |
|
Hairi mendukung Adrian. |
|
Nadia tetiba nak sangat menyusun strawberi salut cokelat. Tiba-tiba buah strawberi tu didapati berkurangan secara misteri. Siapa yang ambik makan buah tu ya? |
|
Saleh di balik rimbunan pohon yang menghijau. |
Barang-barang hantaran telah dihias dan digubah cantik oleh Kak Uda, Kak Esah, Kak Piah, dan dibantu oleh yang lain-lain jugak. Aku pun sebenarnya tak nengok sangat siapa buat apa. Pokok pangkalnya hasil yang dah siap memang nampak cantik dan hebat. Temanya warna merah bercampur silver.
|
Kitab Al-Quran. |
|
Buah-buahan. Cadanganku untuk mencampukan buah durian Musang King dan buah tembikai telah ditolak bulat-bulat. |
|
Kain telekung. |
|
Buah strawberi bersalut cokelat. |
|
Bekas cincin. |
|
Kain untuk buat baju. |
|
Sirih junjung yang dipenuhi bunga mawar. |
Sebelum bertolak, sempat jugak kami pekena pisang goreng, sukun goreng, karipap dan cekodok pisang. Semua orang makan dengan sangat bersemangat, pasal ada di antara kami yang tak sempat makan tengah hari. Jadi, memanglah perut kami meronta-ronta kelaparan nak makan. Bila sampai aje makanan terhidang, kami tak tunggu lama untuk terus menerpa ke arah makanan. Sewaktu kami sibuk makan-makan, Abang Haji Khalid terus bersiap-siap menghensemkan diri dengan pakaian baju Melayu warna kelabu asap, berkupiah dan berserban di bahu. "Okay! I'm ready", bisik Abang Haji Khalid di dalam hatinya.
|
Menikmati keenakan kuih-muih yang tiada tandingannya. |
|
Faridz dan Taufik. Faiisal, Intan dan Taqif kat belakang. |
|
"Yes! Aku dah nak kahwin!" |
No comments:
Post a Comment