Allahyarham Ayahanda Atan telah pergi meninggalkan kami kira-kira sebulan yang lalu. Allahyarhamah Bonda Rahmah pula telah kembali ke Rahmatullah kira-kira tujuh bulan yang lalu. Sesekali di hujung minggu, kami akan menziarahi kubur Ayahanda dan Bonda. Semoga Allah akan menempatkan roh mereka di kalangan para solehin. Dan kami perlu selalu ingat bahawa matlamat kami juga sama. Perlu bersungguh-sungguh menjaga amalan di dunia, kerana natijahnya akan terpapar di akhirat. Semoga Allah melindungi kita semua dari kemurkaan-Nya. Amin.
Di pusara Bonda. |
Menabur bunga di pusara Ayahanda. |
Menabur bunga di pusara Bonda. |
Menyiram air di pusara Ayahanda. |
No comments:
Post a Comment