Bahagian 3
Dan kami kini berada di kandang arnab dan guinea pig. Walaupun nama dia guinea pig, tapi dia bukan dari keturunan khinzir. Haiwan-haiwan kecil ni memanglah sangat comel dan mesra pengunjung. Seperti yang aku kisahkan sebelum ni, Sabriena memang sangat teruja dengan kehadiran haiwan-haiwan kecil ni mengelilingi kereta sorong yang dinaikinya.
|
Membagi makan tikus belanda dan arnab jinak. |
|
"Mintak tumpang pergi Zoo Negara", kata arnab kepada Sabriena. |
|
Saleh dan guinea pig yang lapar. |
|
Guinea pig yang ini sangatlah mesra alam. |
Dari kandang arnab dan guinea pig, kami terus ke kolam ikan. Banyak sungguh ikan koi yang berenang-renang dengan gembiranya. Sekali nanti aku jaring dan goreng kunyit, barulah dioarang dah tak gembira lagi agaknya. He he he... Ikan koi ni kami bagi dia makan pelet ikan. Memang suka betul diorang dengan pelet tu. Tak taulah kenapa. Lidah ikan dan lidah manusia memang tak sama gamaknya.
|
Banyak sungguh ikan koi di perairan ini. |
|
Membagi ikan koi makan pelet ikan. |
|
Wanie jugak tak ketinggalan memberi makan ikan koi. |
Sesudah tu, kami ke kandang yang lain pulak. Kat sini ada landak Afrika yang sangat besar dan mengerikan. Landak tu diberitakan telah memakai gel rambut dalam kuantiti yang sangat banyak, sampaikan rambutnya boleh dicacakkan secara bergaya dengan selambanya. Duri landak ni kalau buat korek telinga aku rasa macam best jugak rasanya. Selain dari landak, ada jugak iguana merah yang first time aku nengok. Cantiklah iguana merah tu. Kalau orang pompuan pakai buat hiasan kepala, mesti nampak lawa. Keh keh keh. Dan aku jugak ternampak sekor kura-kura yang aku pun tak tau masih hidup atau dah mati. Cuma nampak kulit dia aje dari luar. Kepala dia disembunyikan kat dalam. Memang pemalu betul kura-kura ni.
|
Landak yang ganas! |
|
Iguana yang cuba menyamar menjadi pokok. |
|
Jenuh aku bagi salam. Kura-kura ni tetap enggan keluar dari cengkerangnya. |
|
Iguana merah yang cantik dan unik. |
|
Iguana ni nak lari bila aku cuba mendekatinya. Dia ingat aku nak tangkap dia buat sate! |
Kami jugak pergi ke sangkar rama-rama. Tapi rama-ramanya aku rasa banyak yang terlepas kandang kot. Populasi rama-rama kat kandang tu sangatlah sedikit. Dan yang terakhir sekali, kami pergi pulak ke kandang binatang pelbagai. Kat situ ada skunk. Skunk - binatang yang terkenal dengan kentut dan kencingnya yang sangat busuk. Lebih busuk dari najis orang yang cirit-birit sebab salah makan. Masa kami pergi nengok skunk tu, ada jugak terbau busuk. Tapi hidung kami masih boleh tahanlah. Takut nak pergi lebih dekat atau memegangnya. Nanti dia bagi satu hembusan aroma power, pasti tak boleh tidur sepanjang malam. Yang hebatnya, ada dipelihara sekor skunk albino.
|
Di sangkar rama-rama yang tak banyak rama-rama. |
|
Masih di sangkar rama-rama. Ini adalah tempat rama-rama mandi gamaknya. |
|
Skunk albino yang busuk. |
Selain dari skunk, ada jugak dibela ferret. Masa kami pergi jengah kat kandang ferret, binatang tu tengah tidur sangat lena. Siap berdengkur lagi. Masa kami pegang pun dia tak terjaga. Ada juga arnab besar dan prairie dog. Tapi prairie dog ni bukannya dari keluarga anjing. Tapi kalau jadi anak angkat anjing tak taulah pulak aku. Dan jugak ada satu haiwan yang tak kurang hebatnya, iaitulah musang raccoon albino. Nampak gayanya tempat ni suka bebenor pelihara haiwan jenis albino. Ada gagak, skunk, dan raccon albino. Itu kira spesis yang susah nak carilah tu.
|
Saleh sedang memegang seekor ferret yang sedang tidur. |
|
Arnab gergasi yang lebih besar dari anak gajah. |
|
Prairie dog - binatang ni memang sangat suka berdiri beramai-ramai. |
|
Saleh dengan seekor burung nuri. |
|
Burung macaw yang berwarna warni. Sungguh cantik! |
|
Raccoon albino. Jarang dan sukar ditemui. |
Bila dah penat jalan, kami rehatlah sekejap kat cafe yang ada kat situ. Kami pun hulurkanlah satu kupon makanan untuk satu famili. Ingatkan boleh tukar kupon tu dengan makanan. Rupanya nak pesan makanan masih kena bayar, cuma ada diskaun sikitlah makanan yang dipesan tu. Dan bila makanan sampai, kami pun makanlah dengan lahapnya. Rasa sedap sungguh. Bukannya makanan tu sedap, tapi makan berebut-rebut tu yang sedap. Macam piranha lagaknya.
|
Syahmie terlalu haus. Dia nak minum empat gelas air teh o ais sekali gus. |
|
Lega dapat minum air setelah penat berjalan. |
|
Sijil penghargaan kerana telah berjaya melawat tempat ini. |
|
Sabriena jugak kehausan. Lega dapat minum susu kegemarannya. |
|
Sedang santai kejap kat kafeteria. |
|
Semua orang gembira dapat makan dan minum. |
Sebelum balik, kami singgah sekejap kat kedai gambar. Kami dapat kupon jugak sebenarnya. Kami ingatkan boleh tukar kupon tu dengan gambar yang dicuci. Sebenarnya, sepanjang kami berjalan-jalan dalam Farm In The City tu, ada sorang paparazi sibuk mengekori kami, dan mengambil gambar kami. Lepas tu barulah kami diberi kupon gambar tu. Kami pun nengoklah semua gambar kami yang telah ditangkap oleh paparazi tadi. Banyak jugak. Lalu orang kat kaunter gambar tu tanya kami, nak gambar yang mana? Lalu kami pun memilih satu gambar. Dan dia pun print-lah. Lepas tu dia kata pulak kat kami, "Ini gambar pun kalu ada cantek jugak kalu kasi print". Dan kami pun bersetuju untuk membenarkan dia mem-print satu lagi gambar kami. Lepas dah print tu, kami pun ambillah kedua-dua keping gambar tadi dan berhasrat untuk berlalu dari situ. Mamat yang kat kaunter tu dok jeling-jeling kat kami. Lalu aku bertanya, "Apasal? Kena bayar ke?" "Oooohhhh... itu suda masti. Suda print kalu, masti baya kalu". "Berapa ringgit?" tanyaku. "Cincai kira, dua pulo ringgi pun okay satu keping gamba". Terkejut kami mendengarkan nilai harga yang diletakkan untuk satu keping gambar bersaiz 6R. Adus! Penipu betul mamat tu. Dahlah tak letak tanda harga kat kaunter. Kalau kami tak nak bayar pun sebenarnya okay jugak. Tapi pasal menengokkan muka dia yang macam nak menangis, kami pun bayar jugaklah.
Sempena kunjungan kami ke sana, kami telah dihadiahkan dengan sijil lawatan yang kira okay jugaklah, buat penyejuk hati yang tadinya tengah panas. Anyway, secara keseluruhannya, tempat ni memang best, cuma korang janganlah sampai kena tipu dek orang-orang kat situ yang bermulut dan berwajah manis.
|
Di kaunter gambar. |
|
Syahmie dan Sabriena menunggu gambar siap di-print. |
|
Di pintu keluar. |
|
Memperagakan sijil masing-nmasing. Lepas ni terus balik. |
No comments:
Post a Comment