Bahagian 2
Pengembaraan menengok burung pada musim cuti sekolah bulan Disember 2012 diteruskan lagi. Semua pelusuk taman kami lalui bagi memastikan semua spesis burung yang dipelihara dapat kami lihat dan kaji. Amier bukan saja tertarik pada burung yang terbang hinggap, tetapi juga Amier sangat tertarik pada papan tanda yang menceritakan secara ringkas mengenai burung-burung yang dipamerkan.
|
Amier tunjuk gambar burung scarlet ibis yang sangat hebat.
|
|
Laluan pejalan kaki dia pun sangat nyaman dan menarik. |
|
Di anak sungai ini ada banyak bangau mencari ikan. |
|
Tinggi jugak ramp yang kami kena daki. |
Burung yang paling besar ada kat situ ialah burung unta a.k.a. burung ostrich. Dulu-dulu dengar khabarnya dia ada bela burung garuda. Tapi sejak burung garuda dah pupus, tempat garuda tu dah diganti dengan burung ostrich pulak. Sebelah sangkar ostrich tu ada pulak burung emu, yang kecil sedikit dari ostrich. Aku dah pernah rasa makan daging ostrich. Bilalah pulak nak merasa makan daging emu?
|
Bersama burung emu. |
|
Burung emu ni kecil sedikit dari burung ostrich. |
|
Emu tak agresif macam ostrich. |
|
Kami sedang melihat burung paling besar di dunia. |
|
Bangau ni mintak aku ambil gambar dia dan masukkan dalam Facebook. Okaylah, okaylah... |
|
Jambatan merentas sungai. |
|
Keletihan. Duduk berehat sebentar. |
Satu lagi jenis burung yang buat aku sangat teruja ialah burung helang. Aku memang sangat suka nengok burung helang, especially yang tengah terbang. Tapi sangkar burung helang yang agak kecil tu telah menghadkan pergerakan bulung helang tersebut. Kesian jugak. Satu lagi jenis burung yang aku suka nengok ialah burung hantu. Itulah jenis burung yang paling mengerikan. Terdapat berbagai jenis burung hantu yang dibela di taman burung ini. Antaranya ialah burung hantu pocong, burung hantu pontianak, burung hantu toyol dan burung hantu raya. Ada jugak jenis burung hantu dari luar negara seperti burung hantu dracula dan burung hantu werewolf. Semua burung-burung ini sangatlah mengerikan. Nasib baik kami tengok waktu siang yang terang benderang.
|
Amier gembira dapat nengok burung helang. |
|
Ini burung hantu jembalang. |
|
Burung hantu ni tak suka bila aku bagi flash camera kat dia. |
|
Sedang mengambil gambar burung hantu. |
|
Tangga menuju kedai cenderahati. |
Kami jugak berkesempatan membagi ikan dan burung makan. Makanan untuk ikan boleh juga diberi kepada burung. Kena bayar seringgit kot untuk dapatkan secubit pelet ikan. Tapi bukan semua burung makan pelet ikan tu. Burung yang macam merpati atau ayam aje yang berkenan nak makan makanan tu. Lain-lain burung mungkin mempunyai diet-nya yang tersendiri, seperti burung bangau makan ikan, burung kakak tua makan buah dan sebagainya.
|
Membeli makanan burung dan makanan ikan. |
|
Kami bagi ikan-ikan kat sini makan pelet. |
|
Di suatu sudut laluan yang menarik. |
|
Ikan-ikan ini dah mula jinak dengan kami pasal kami bagi dia makan. |
Dan yang paling mengujakan sekali ialah apabila kami berpeluang untuk bergambar dengan burung-burung secara live! Tapi kena bayar sikitlah. Tak kisahlah. Kami dapat bergambar dengan burung macaw yang sangat cantik, dengan burung enggang yang sangat gah, dan burung helang yang sangat perkasa. I like! I like! Tapi mamat yang jaga burung tu pergi letak burung helang tu kat atas bahu aku. Dari tadi aku nengok burung helang tu asyik jeling kat telinga aku aje. Mungkin telinga aku yang agak capang tu ada rupa ala-ala keropok udang kot. Itu yang buat burung helang tu terliur. Kalau dia ngap telinga aku, alamatlah aku jadi Kassim Selamat. (Eh! Silap. Kassim Selamat bukan kena ngap telinga, tapi mata dia yang kena ngap).
|
Burung-burung ni semua teruja dapat bergambar dengan kami. |
|
Ini gambar burung. Tetapi kenapa Wanie buat gaya kengaroo, ya? |
|
Burung-burung macaw ni sangat colourful. |
|
Menghala ke taman permainan kanak-kanak. |
Sebelum beredar pulang, kami singgah kat taman permainan kanak-kanak. Amier jugak sangat teruja bila dapat main kat taman tu. Semua permainan dia main. Sampaikan bila kami ajak balik, dia mula nangis pasal tak puas main. Terpaksalah kami layan dan tunggu dia kejap. Akhirnya bila dah penat, dia sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan tempat permainan tu.
|
Amier seronok dapat main permainan ni. |
|
Wah! Habis dia makan buah betik ni. Tak bagi aku sikit pun. |
Kami jugak sempat singgah kat galeri dan rumah burung. Ada satu bilik tu mempamerkan telur ayam yang menetas. Wah! Best jugak! Tak pernah pulak aku nengok telur menetas mengeluarkan ayam. Anak ayam yang baru keluar tu lembik aje badannya. Setelah beberapa jam barulah dia kuat berdiri. Di satu bilik yang lain pulak, ada mempamerkan burung-burung mati yang telah diawet dan dikeraskan. Ada jugak tunjuk tulang temulang dan rangka burung. Amier yang nengok pameran tu berasa sangat hiba dan berazam untuk melindungi semua burung-burung tu dari dibunuh dan diburu oleh manusia. Amier memang pencinta haiwan yang tulen. Akhir sekali, kami singgah ke kedai cenderahati dan membeli beberapa barangan sebagai kenangan, seperti mesin basuh, batu giling, peti ais dan kerusi urut elektrik. Keluar aje dari pagar burung, kami terus ke gerai berdekatan dan beli sedikit makanan ringan untuk mengisi perut kami yang sedang kelaparan. Lawatan ini memang merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Jomlah kita ke Taman Burung KL jika ada kelapangan.
|
Di depan galeri burung. |
|
Ada sekor enggang sesat. |
|
Berbelanja di kedai cenderahati. |
|
Dah keluar dari kawasan sangkar burung. |
|
Amier dan buaian. |
|
Mencari makanan ringan. Perut kami sangat lapar. |
No comments:
Post a Comment