Bahagian 2
Masih di Farm In The City, Seri Kembangan. Aku berkesempatan memegang buah betik ranum dalam genggaman. Dan seperti yang dijangka, beberapa ekor burung 'turaco' daang mendekatiku tanpa segan silu, sambil mematuk-matuk buah betik yang kuhulurkan. Penjaga zoo tu kata, kalau pegang betik tu kena pegang kuat-kuat. Kalau tak nanti burung tu akan terus bawak lari betik tu jauh-jauh. Aku sangat teruja bila burung turaco hijau datang jinak kepadaku. Dan aku lebih teruja bila burung turaco biru pulak datang menjamah buah betik manis di tanganku. Dan aku terus menunggu agar burung turaco yang berwarna merah, kuning, purple, pink, oren dan rainbow pulak datang. Tunggu punya tunggu, burung-burung yang colour lain-lain tu semua tak datang. Kecewa aku.
|
Melayan burung turaco hijau. |
|
Burung turaco ni memang suka sangat makan betik. |
|
Burung ni tak pulak patuk tangan aku. |
|
Memanggil burung turaco untuk datang dekat. |
|
Ya! Ini dia turaco biru yang lagi hebat! |
|
Burung turaco ni dah jadi friend aku dalam Facebook. |
Dari tempat burung, kami beralih pulak ke tempat haiwan ladang seperti kambing dan rusa. Kami disambut oleh seekor kambing bersaiz seladang yang pandai berdiri. Kami sangat kagum dengan kambing itu. Kerana dia boleh berjalan di atas dua kaki dalam jangka masa yang lama dan jarak yang jauh, sambil makan sayur. Dan kekadang, dia berjalan di atas dua kaki depannya sambil memakan rumput di tanah. Itu takpa lagi. Ada kalanya pulak dia akan berjalan hanya dengan menggunakan ekornya yang kontot sambil kaki depannya membuat juggling, dan kaki belakangnya pulak menimbang bola sepak. Ish ish ish... memang dahsyat sungguh! Cuma yang suspennya ialah, kambing ni dia kalau bab makan, memang tak sabar sikit. Dia akan ikut aje sesiapa yang ada memegang sayur atau roti di tangannya. Naik rimaslah pulak aku dibuatnya.
|
Memberi makan kambing berdiri. |
|
Ada kalanya bila kambing ni berdiri, ada setinggi zirafah. |
Dua ekor anak rusa yang cantik dan juga jinak turut dibela di sini. Bulu rusa agak kasar sikit. Tapi rusa-rusa ni memang sangat suka kalau orang pegang dan gosok-gosok kepala dia. Dan dia jugak akan makan sayur yang dihulurkan kepadanya. Ada rusa bintik dari spesis 'axis deer' sangatlah cantik. Rusa yang itu pun sangat jinak jugak dan hebat. Tapi, kalau dibuat sate mestilah lagi hebatkan?
|
Rusa yang baik bersama Saleh. |
|
Mulanya aku ingat rusa ni kena panau, rupanya memang coraknya berbintik macam tu. |
|
Saleh melayan kambing berdiri. |
|
Syahmie dan anak rusa. |
|
Bersama rusa bintik yang comel. |
|
Sama-sama malu. |
|
Rusa yang berbintik tu namanya rusa Axis. |
Dalam kawasan kandang yang sama, ada juga dibela beberapa ekor binatang yang macam kangaroo. Tapi dia lagi kecil sedikit. Nama binatang ni ialah wallaby. Asal dari Australia jugak. Kami nak pegang wallaby ni, tapi orang yang jaga kandang tu kata, tak boleh, sebab dalam kantung poketnya ada anak. Takut dia jadi garang. Pernah satu ketika, ada pengunjung yang datang dekat dan pegang wallaby ini dan anaknya. Lalu wallaby ni berteriak, "Penyeluk saku! Penyeluk saku!! Penyeluk saku!!!" Dan polis pun datang dan mendapati itu hanyalah panggilan palsu aje.
|
Syahmie bersama wallaby di belakang tabir. |
Sebelah kandang rusa ni pulak ada kandang itik dan angsa. Kami tak masuk kat dalam. Tapi dari luar kandang, kami boleh nampak macam-macam jenis itik ada dibela. Ada itik serati. Ada itik biasa. Ada itik Donald Duck. Dan ada jugak itik gantung. Dan angsa pun ada macam-macam jenis jugak. Ada angsa kelabu. Ada angsa putih. Ada angsa leher panjang. Ada angsa leher pendek. Dan Toyota Unser pun ada dibela di sini. Memang menakjubkan sekali.
|
Amier melihat angsa dan itik. |
|
Amier suka nengok angsa. Hari-hari Amier nengok angsa. |
|
Wallaby sedang makan. |
Sebelum kami beredar ke kandang yang seterusnya, kami sempat bergambar bersama Encik Scarecrow. Kami cuba tegur. Tapi dia tak jawab pun. Mungkin dia terlalu penat berdiri tengah panas lama-lama. Atau pun memang Mr Scarecrow ni jenis yang penyombong kot. Tak taulah kami. Oleh kerana dia malas nak layan kami, kami pun berlalulah dari situ sambil mengumpat dia.
|
Bergambar bersama Encik Scarecrow. |
Kandang yang selanjutnya ini agak kelakar sedikit. Dalam kandang ni ada banyak arnab dan guinea pig a.k.a. tikus belanda (adik beradik ayam belanda dan durian belanda jugak). Bila kami masuk aje dalam kandang ni, bersusun guinea pig ikut kami. Nampak sangat comel pulak. Bulu guinea pig ni agak kusut masai sikit. Mungkin sebab dia pakai syampu biasa aje kot. Patutnya dia kena pakai syampu Pantene, barulah bulu lembut selembut bayi. Kami bagilah arnab dan guiea pig ni makan sayur jugak. Ada yang terlebih jinak, boleh diangkat-angkat. Yang tak berapa jinak tu, tak bagi kita angkat dia. Mesti dia lari jauh.
|
Syahmie melihat kumpulan arnab dan guinea pig makan. |
|
Binatang-binatang ni nampak serabut bulunya. |
|
Melayan arnab dan tikus belanda. |
Dalam banyak-banyak haiwan yang kami dah lihat tadi, haiwan guinea pig dan arnab nilah yang paling disukai Sabriena. Dia punyalah excited sampai menjerit-jerit kegembiraan. Tak senang duduk dia dalam kereta sorong tu. Happy aje aku nengok riak wajah dia. Binatang tu pun nampak gayanya macam suka kat Sabriena jugak. Malah ada sekor arnab siap tumpang duduk kat kereta sorong yang dinaiki Sabriena. Best, best, memang best...
Bersambung...
|
Sabriena sangat suka pada arnab. |
|
Tikus belanda ni walaupn comot, tetapi tetap maintain comel. |
|
Sabreina gembira dapat berkenalan dengan teman-teman baru. |
|
Sabriena dikerumuni peminat. |
|
Binatang-binatang ni bau dia busuk sikit. |
|
Syahmie, Sabriena dan haiwan. |
|
Sabriena sedang asyik menengok haiwan. |
No comments:
Post a Comment