Apa kebendanya "Meringue Pavlova" tu? Kalau korang tak tau, aku pun tak tau jugak. Oleh kerana kita sama-sama tak tau, kira tutup kes ajelah. Okay. Bye...
Okaylah, okaylah, okaylah. Dulu memang aku tak tahu. Tapi sekarang aku dah tau dah. Mak aku yang memperkenalkan benda alah tu kepada aku. Dia dapat tahu benda alah tu pun dari buku resipi. Makna katanya, Meringue Pavlova tu ialah sejenis makananlah. Aku sendiri telah membuat research kat internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan baru ini. Tapi sebelum aku bagi tau korang pasal makanan yang unik ni, biar aku kisahkan dulu peristiwa yang aku alami sebelum aku mengenali makanan ini dengan lebih dekat.
Pada suatu malam yang hening, selepas aku makan nasi waktu malam, lidahku macam terasa-rasa nak makan dessert pulak. Aku lantas ke dapur. Aku ternampak satu jenis makanan yang macam keropok besar tersimpan dalam bekas plastik. Aku kopek sikit dan makan. Mmmmm... manis-manis rasanya. Aku cuit dan makan lagi. Berkali-kali sampai rupanya dah tak cantik lagi bila terkopek-kopek di sana sini. Kemudian aku simpan balik dalam bekas plastik tadi baik-baik.
Keesokan harinya, aku dengar mak aku bising-bising. "Siapa yang tindih-tindih benda ni dengan benda berat? Kan dah pecah-pecah. Dah tak cantik!" Aku yang mendengar omelan mak aku telah menyahut, "Semalam Adi yang makan. Nampak macam sedap aje." "Ooohhh!! Engkau rupanya," kata mak aku. Aku terus bertanya kepada mak aku, apakah bendanya itu yang aku makan tu. Lalu mak aku menjawab, "Itulah taik lembu cirit yang telah dikeraskan." "Apa!!!" He he he... Tak. Mak aku tak cakap macam tu. Mak aku kata, nama benda alah tu ialah "Meringue". Ia diperbuat daripada telur putih, campur gula dan entah apa benda lagi. Meringue ni merupakan tapak bagi pembikinan sejenis dessert yang dibagi nama Pavlova. Ohhh... Barulah aku faham sikit-sikit. Dan aku jadi lebih faham apabila kuih Pavlova ni akhirnya siap disediakan dan dijamah oleh aku. Mmmmmm.... memang ternyata sedapnya. Atas asas Meringue tu diletak adunan tepung custard, campur whipped cream dan buah-buahan. Lalu aku bukak kat internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan asing ini. Dan inilah penemuan aku:
Meringue yang nampak sedap. |
Pavlova adalah sejenis kuih yang berasaskan meringue. Ia mendapat nama dari seorang penari ballet Russia yang bernama Anna Pavlova. Pelik jugakkan? Tapi itulah faktanya. Makanan ni tercipta di Australia ataupun New Zealand. Kedua-dua negara ni dok bergaduh sesama sendiri nak claim dialah pengasas makanan dessert yang hebat ni. Akhirnya, setelah kajian dibuat, didapati bahawa sumber asal masakan ni ialah dari New Zealand. Kuih ni terhasil ketika Anna Pavlova membuat persembahan di negara tu pada sekitar tahun 1920an. Makanan ni dah jadi makanan yang sangat popular dan lazimnya disediakan pada hari-hari keraian di kedua-dua negara Australia dan New Zealand. Kalau kat Malaysia, boleh aje kita letak durian kat atas kuih ni bagi mendapatkan identiti ke-Malaysiaannya.
Satu set kuih Pavlova yang sedia untuk dimakan. |
Mak aku buat dua set. Kejap aje habis kuih ni. Senang disediakan, sedap dimakan. |
No comments:
Post a Comment