Akhirnya, pada 2 hb Januari 2013, Amier masuklah ke sekolah Darjah Satu secara rasmi. Sebelah pagi Amier pergi ke sekolah agama dekat surau. Hari pertama dia tak belajar apa-apa. Aku pulak kena beratur untuk bayar sedikit yuran. Bila Amier dah dapat tempat duduk, aku pun baliklah ke rumah. Amier tak banyak meragam masa hari pertama tu. Cuma waktu balik sekolah aku jemput Amier agak terlambat sedikit. Aku ingatkan habis kelas pukul 11 pagi. Rupanya pukul 10.30 pagi. Masa aku sampai tu, Amier tengah berdiri sorang-sorang kat luar kawasan surau. Nasib baik semua okay. Dia happy nengok aku, dan aku lagi happy nengok Amier. Nampak letih panas muka Amier pasal berjemur kat tengah panas menanti aku datang.
|
Amier happy dapat tempat duduk yang selesa. |
|
Sementara menunggu ustazah mengajar. |
Sebelah petang pulak, Amier ke sekolah kebangsaan. Aku hantar Amier sampai kat tempat perhimpunan aje. Lepas tu cikgu dia bawak dia dan semua pelajar darjah satu naik ke kelas masing-masing. Lepas tu aku pun beredar. Time rehat, aku datang balik nak nengok keadaan Amier. Amier nampak terpinga-pinga tercegat kat koridor sambil memegang kuih karipap dalam plastik yang kami bekalkan. Kat kantin orang terlalu ramai. Amier mungkin tak selesa dengan keadaan tu, dan tak tau apa yang perlu dilakukan. Aku pergi kepada Amier. Ajak dia masuk kantin. Carikan tempat duduk. Dan teman dia makan. Kelihatannya dia lega bila melihat kelibat aku. Aku teman Amier sampailah waktu rehat tamat. Dan terus mengiringinya ke kelas sebelum pulang.
|
Mak bapak berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan wang ehsan. Eh! Ya ke? |
|
Amier di kantin sekolah sedang makan karipap bekal. |
|
Menengok anak-anak kat kelas lebih seronok dari menengok anak-anak kat rumah. Aku rasa sebab tulah ramai mak bapak bersesak kat tingkap kelas. |
|
Amier masih di kantin sekolah yang sangat sesak. |
|
Pelajar dan mak bapak di kantin. |
|
Lebih baik bawak bekal. Nak beli makanan kat sini memang payah sungguh. |
|
Ada lagi segigit karipap yang tinggal di tangan Amier. |
Sebelum pulang, pelajar darjah satu kena berkumpul di tempat perhimpunan (tempat letak kereta). Selepas guru penyelia petang membuat ucapan, aku terus ajak Amier balik. Amier nampak happy aje. Tak taulah aku macam mana keadaannya kat kelas. Hinggalah pada suatu hari Amier bersungguh-sungguh tak nak pergi ke kelas. Kata Amier, budak yang duduk sebelah dia tu suka buli dia. Aku dan isteri kemudiannya ke sekolah membuat aduan kepada pihak pentadbiran. Mereka terima secara formal aduan kami dan akan menyiasat hal ini hingga ke akar umbi. Pada hari esoknya, anak saudara aku, Farid yang kebetulan menghantar Amier ke sekolah, telah ternampak seorang murid darjah satu, juga pelajar sekelas Amier menolak Amier dengan kuat. Kata Farid, lagaknya tak macam bergurau. Tapi macam membuli sedikit. Farid pun warning kaw-kaw budak tu. Dengar cerita, cikgu telah memisahkan tempat duduk Amier dengan pelajar tu untuk seketika. Dan Lepas tu Amier kata budak tu dah tak buli dia lagi, malah dah jadi kawan pulak. Okay-lah tu gamaknya. Aku rasa Amier akan dapat menyesuaikan diri dengan sekolah barunya itu tak lama lagi. Ini termasuklah dari aspek pergaulan dengan guru dan murid, disiplin, kesungguhan untuk ke sekolah, kerja rumah, dan semuanya sekalilah. Aku sendiri perlu lebih banyak mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami, dan untuk seluruh ummat Nabi Muhammad (s.a.w.) umumnya.
|
Berhimpun sebelum pulang. |
|
Masa cikgu bercakap, Amier buat dirt aje aku nengok. |
|
Yes! Time to balik. |
|
Aku dah stand-by nak bawak Amier balik. |
No comments:
Post a Comment