m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, February 24, 2013

Pernikahan Abang Hj Khalid & Kak Shida: Akad nikah

Bahagian 2

Abang Hj Khalid sedar, sebentar lagi dia akan menjadi suami Kak Shida yang sah, menjadi ayah tiri kepada tiga orang anak Kak Shida. Kehidupan beliau akan berubah, lebih tenang, lebih harmoni dan segalanya kan menjadi lebih positif. Tapi Tok Kadi masih tak sudah-sudah membelek-belek kertas bertulis macam-macam yang kami pun tak berapa tau apa kandungannya. Setelah seketika menanti, Tok Kadi pun mula beramah mesra dengan pengantin lelaki supaya gemuruh di dada dapat dikurangkan. Sesekali Tok Kadi ada membuat jenaka ringan. Dan para tetamu turut tersenyum lebar atau ketawa kecil dengan jenaka Tok Kadi.

Tok Kadi sedang menyiapkan borang yang macam-macam.
Kak Shida menanti dengan sabar.
Sebahagian daripada ahli keluara pengantin pihak lelaki.
Ahli keluarga menanti dengan debaran.
Abang Karim sedang mencari sudut penggambaran yang paling strategik.
Akhirnya tiba juga saat lafaz akad. Bermula dengan abang kepada Kak Shida mewakilkan Tok Kadi untuk menikahkan Abang Haji Khalid dengan Kak Shida. Kemudian Tok Kadi membaca khutbah nikah. Dan akhirnya Tok Kadi menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Abang Hj Khalid. Tok Kadi bagi peluang kepada pengantin lelaki untuk buat rehearsal satu kali. Lepas tu terus lafaz akad yang betul-betul punya. Dalam keadaan agak gugup, Abang Hj Khalid tersasul ketika melafaz terima nikah. Buat lagi untuk kali kedua, dan kali ni terus sukses tanpa masalah. Tahniah untuk kedua-dua pasangan Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Ada jugak yang sebak. Barangkali kerana ketiadaan Allahyarham Ayahanda Atan yang telah mengamanatkan supaya Abang Hj Khalid dan Kak Shida bernikah dalam sekitar bulan Januari tahun ini.

Upacara akad nikah akan dimulakan tak lama lagi.
Aku nikahkan akan dikau. Eh silap! Ni wakil nikah aje laaa...
Tok Kadi dah bersalam dengan Abang Hj Khalid.
Mari kita mulakan.
"Aku nikahkan akan dikau..."
"Aku terima nikah..."
Dan doa pun dibacakan oleh Tok Kadi.
Melafaz janji.
Tok Kadi lantas membacakan doa selamat, dan beberapa dokumen perjanjian ditandatangani oleh Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Itu semua prosedur biasa. Begitu banyak paparazi mengambil gambar acara yang bersejarah ini. Aku tak terkecuali. Setelah itu, cincin kahwin pun disarungkan ke jari pasangan masing-masing. Satu kucupan sayang disinggahkan ke dahi Kak Shida oleh Abang Hj Khalid. Seluruh ahli keluarga teruja dan gembira apabila acara ini telah berlangsung dengan selamat. Ada jugak teman-teman rapat yang usik-mengusik pengantin baru ini.

Bersambung...

Doa selamat dibacakan Tok Kadi.
Sebahagian daripada paparazi amatur.
Perjanjian telah dimeterai.
Acara menyarung cincin.
Mula-mula jari manis Kak Shida disarungkan cincin.
Cincin telah di jari.
Cincin emas jadi tanda ikatan.
Jari manis Abang Hj Khalid pulak disarungkan cincin perak.
Menyarung cincin ke jari suami.
Cincin perak berbatu hijau.
Bau tangan suami. Eh silap! Bukan bau, tapi cium. Sorry...
Mencium dahi isteri. Seronoknya!

No comments:

Post a Comment