Setelah cuti panjang yang agak panjaaaaang, maka tibalah masanya untuk menghantar Syahmie pulang ke asrama di Gemencheh. Pada 2hb januari 2013, kami pun pergilah mengembara ke pekan terpencil di Negeri Sembilan. Kami bertolak selepas zuhur. Pagi tu aku sempat jugak main tenis. Dan sempat jugak aku tidur kejap selepas penat main tenis. Jadi masa aku drive siang tu, aku dah tak berasa mengantuk lagi.
|
Sedang beratur nak mendaftar masuk asrama. |
|
Masa kami sampai tu taklah ramai sangat pelajar yang ada. Maka masa beratur pun taklah lama. |
Perjalanan taklah sesak seperti yang aku jangkakan. Setelah kira-kira dua setengah jam memandu, kami pun sampailah ke destinasi. Banyak bayaran yang perlu dilakukan. Ada yuran makan, yuran kooperasi, yuran dobi, dan entah apa lagi yuran yang perlu dijelaskan. Okay. Semua dah jelas. Kami pun terus check kat senarai untuk mengetahui bilik tinggal Syahmie yang baru. Kali ni Syahmie duduk kat blok lain dan di tingkat satu. Tak perlulah mendaki tangga sampai empat tingkat macam tahun lepas. Dalam bilik Syahmie tinggal ada pelajar tahun satu sampailah tahun empat. Semua campur sekali macam rojak. Bagus jugak macam ni, untuk mengurangkan jurang di antara pelajar-pelajar berlainan tahap. Tapi semua tu pelajar Ulul Albab jugak sebenarnya.
|
"Yuran kooperasi kena bayar pakai US Dollar makcik. Kami tak terima duit Ringgit'" kata pelajar kat meja tu. |
|
"Eh, kalau ikut senarai ni, bilik awak ialah kat dalam rumah saya. Ini ada sesuatu yang tak kena ni!" kata Cikgu Fauzi. |
Kami tolong Syahmie kemas pakaian sebelum bersalaman dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik, walaupun ada sedikit sesak, tetapi kira masih dalam kategori lancarlah jugak. Syukur. Kami selamat sampai rumah kira-kira jam 11 malam. Fuh! Penatnya! Besok pagi nak pergi kerja mesti agak liat gamaknya. Tak apalah, demi anak-anak.
|
Mengemas pakaian. |
|
Banyak jugak baju Syahmie. Nasib baik aku tak bagi dia bawak baju besi perang dan baju musim sejuk ala eskimo tu. Kalau tak, mesti tak muat nak letak dalam almari. |
|
Semua telah tersusun rapi. |
|
Sekarang nak kemas meja pulak, biar semangat sikit nak mengulangkaji nanti. |
No comments:
Post a Comment