m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 16, 2013

Farm In The City: Iklan di TV3

Bahagian 1

Masa cuti Tahun Baru Cina baru ni, kami anak beranak pun lepak-lepaklah kat dalam bilik sambil nengok tv. Maklumlah, takda plan nak ke mana-mana. Tiba-tiba kat rancangan MHI TV3, keluar pulak satu paparan pasal tempat haiwan kat Seri Kembangan. Ia menggunakan konsep petting zoo - boleh pegang-pegang dan bagi makan binatang yang dipelihara kat situ. Nama tempat tu ialah Farm In The City. Secara sepontan wife aku kata jom pergi situ. Amier terus bingkas setuju dengan cadangan tadi. Dan aku pulak terus surf kat internet pasal tempat tu. Aku nak tau lokasi dia kat mana, berapa fee masuk, dan pukul berapa dia bukak dan tutup. Setelah semua maklumat diperolehi, kami pun bersiaplah dan bertolak ke sana sebelum waktu zuhur.

Farm In The City dari luar. Macam tak ada apa-apa jer...
Bergambar di muka pintu.
Setting tempat ni nampak agak menarik.
Kalau menengokkan dari Google map, nampak macam tak susah sangat nak cari tempat tu. Bila sampai kat kawasan Seri Kembangan, khususnya di Equine Park, aku pun berhenti kejap kat stesen minyak dan pergi menanya orang kat kaunter. "Errr... brader, saya ada satu soalan SPM. Kat manakah terletaknya tempat binatang yang terkenal di daerah ini yang baru masuk dalam TV3 pagi tadi?" Pemuda kaunter tadi berfikir sejenak. Lantas dia berkata, "Oooohhhhh! Mula-mula encik matikan enjin kereta. Kemudian dengar betul-betul. Kalau ada bunyi auuummm!!!, maka kat situlah tempat binatang-binatang tu bermukim". Aku mengikut arahan pemuda tadi. Dan tak sampai sepuluh minit, kami pun sampailah ke destinasi yang diingini.

Membagi makan kura-kura gergasi dengan kangkung.
Kura-kura ni memang kuat makan.
Dari luar aku nengok macam pekan koboi aje, yang telah ditinggalkan. Tapi kami teruskan jugak masuk ke dalam. Dan di bahagian dalam, barulah kami nampak papan tanda Farm In The City. Confirm, inilah tempatnya. Kami terus ke kaunter jualan tiket. Untuk enam orang (tiga dewasa dan tiga kanak-kanak), kami kena bayar lebih RM150. Boleh tahan jugak harganya! Dan kami pun teruslah masuk ke dalam.

Nak bagi makan kura-kura ni kena jaga jari. Takut kena ngap. Boleh putus jari!
Kura-kura ni boleh berlari bila nampak kangkung.
Kami disambut oleh seekor kura-kura besar yang terlompat-lompat bila melihat kami datang. Kura-kura tu punyalah besar. Mungkin kura-kura Galapagos kot, yang terkenal dengan saiznya yang sangat gadang. Penjaga kura-kura tu bagi kami sayur kangkung sorang sedikit untuk disuakan kepada kura-kura tadi. Bila kura-kura tu nampak aje sayur kangkung yang kami pegang, terus kelam kabut dia berlari-lari mendapatkan kami. Ish ish ish... menyaspenkan jugaklah. Aku risau nanti dia ngap pulak tangan aku. Pasal memang kura-kura tu boleh bergerak sangat laju kalau dia nak makan sayur. Aku rasa dia punya speed lebih laju dari kuda lumba. Syahmie pun ada berpesan kepada aku supaya jangan biarkan jari terlalu rapat dengan mulut kura-kura tu. Gigi kura-kura tu tajam. Sekali dia ngap, memang boleh putus jari. Setelah puas membagi makan kura-kura besar tadi, kami pun mengorak langkah untuk melihat haiwan-haiwan yang lain pulak.

Aku rasa kura-kura ni ada seberat 5 tan kot.
Kulit kura-kura ni keras sungguh macam batu konkrit.
Sabriena melepek aje kena panas matahari.
Salah satu haiwan terhebat yang aku nampak ada dibela kat situ ialah kura-kura dinosaur. Memang rupa dia macam dinosaur. Lumut dan pokok siap tumbuh kat badan kura-kura tu. Memang sangat mengerikan. Selepas tu kami masuk pulak kat kawasan ular. Ular sawa dia besar-besar semuanya. Yang paling kecil ada sebesar pokok kayu balak kat hutan khatulistiwa yang dah berusia 500 tahun. Yang paling besar, jangan cakaplah. Kurang-kurang sebesar kapalterbang Airbus. Tapi yang lebih mengerikan ialah, ada sekelompok ular belang berbisa yang bergelumang kat atas kepala. Terkejut jugak bila terperasan ada ular kat atas kepala.

Syahmie dekat kolam kura-kura dinosaur.
Ada pokok besar tumbuh kat badan kura-kura ni. Mengerikan!
Ular kat siling atas kepala kami ni sangatlah mengejutkan!
Ular sawa bagak ni pun lepak kat atas kepala jugak.
Tiga beradik. Amier dan Salleh dan jauh ke hadapan.
Syahmie dan Sabriena di sebelah lubuk buaya.
Dari tempat ular, kami terus ke tempat burung-burung. Pada dasarnya tempat burung tu nampak biasa aje, sehinggalah penjaga sangkar burung tu meletakkan sejemput sekoi kat dalam tangan kami. Dan terus berpuluh ekor burung pelbagai spesis datang dan memakan sekoi kat tangan kami. Satu pengalaman yang sangat mengujakan, bila burung-burung kecil mematuk-matuk tangan kami. Seronoknya! Ada burung pipit, burung bayan, burung gagak, burung helang, burung hantu, burung vulture, dan tak ketinggalan burung penguin.

Gagak albino putih. First time aku nengok gagak macam ni.
Puluhan burung kecil berebut-rebut mematuk sekoi.
Salleh dengan segenggam burung.
Pengalaman yang mengujakan.
Cantik sungguh burung-burung yang pelbagai warna ni.
Burung-burung ni goreng pun sodap.
Sabriena terpegun dengan gelagat burung-burung memakan sekoi.
Selain dari burung-burung kecil pemakan sekoi, kami jugak membagi makan burung-burung cantik seperti burung kuang, burung merpati bagak dan burung merak putih. Tapi burung merak putih tu dia punya patuk lain macam sikit. Sakit jugak. Sesekali bila dia patuk, tercabut daging kat tangan aku sampai nampak rangka tengkorak. Nasib baik aku cepat-cepat tampal balik dengan gam. Dan yang paling mengujakan lagi ialah apabila penjaga sangkar burung tu suruh aku pegang buah betik kat tangan. Bila aku pegang dan hulurkan tangan aje, tiba-tiba muncul beberapa ekor burung cantik mematuk betik yang aku pegang tadi. Aku tanya orang yang jaga burung tu, apakah spesis burung tadi? Dia kata itu jenis burung turaco. First time aku dengar nama burung tu. Ini memang burung dari luar negaralah aku rasa, pasal nama dia tak macam nama burung Melayu.

Bersambung...

Sedang bagi makan burung kuang yang sangat cantik.
Cantik sungguh burung kuang yang jinak ni.
Membagi makan burung kuang.
Patukan merpati sangat lembut.
Brader ni sedang bagi makan burung turaco.
Burung turaco sangat suka makan betik.
Salleh dengan burung turaco hijau.

4 comments:

  1. terima kasih share pasal tip printing gambo n makan tu ....sgt berguna utk peringatan ... ujung minggu ni nak bawa anak2 ke sana...

    ReplyDelete
  2. mcm best jer.. minggu dpn nk p la...
    rm bape masuk sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dia memang menarik (bg peminat2 haiwan ajer). Tiket tak ingatlah berapa. Hari tu masa kami pergi - 3 dewasa + 3 kanak2 jumlah tiket lebih kurang RM150+. Boleh try nengok kat dia punya web site kot. tk

      Delete
  3. sye dh search tmpt tu... nmpk mcm best..tp mmndngkan kt sne xde surau.ade x tmpt trdekat yg ade kemudahan surau, yg xmmerlukan sye tok naik knderaan

    ReplyDelete