Kira-kira waktu asar, kami dah sampai di luar rumah keluarga Kak Shida. Khemah dah terpasang kemas kat laman. Para tetamu yang terdiri dari ahli keluarga telah ramai yang datang. Keluarga Kak Shida memang dah tertunggu-tunggu kedatangan kami semua. Dan kami pun masuk ke dalam setelah dipersilakan masuk. Tapi sebarang acara tak dapat diteruskan kerana pengantin lelakinya masih belum sampai. Abang Haji Khalid ke masjid untuk solat asar bersama-sama dengan tok kadi. Dan kami pun menunggu ketibaan mereka.
Dah sampai kat luar rumah Kak Shida. |
Tunggu 'Q' untuk masuk ke dalam. Bunyi kompang tak pulak kedengaran. |
Petang tu agak panas. |
Dan rombongan pengantin lelaki pun masuk mengadap. |
Yaya, Faiisal dan Amin bagaikan hulubalang-hulubalang Melaka membawa ufti untuk Tuanku. |
Kek hantaran. |
Yaya, Kak Piah dan Zila. |
Kak Long bersama ibuku. |
Membelek cincin kahwin. |
Kak Timah merasmikan pelamin sebelum pengantin sebenar menggunakannya. |
Kak Saba, Kak Uda dan Kak Esah. |
Kak Timah lagi. Kali ni dengan segala barang hantaran pulak. |
Kami sekadar beramah mesra dengan sesama sendiri. Masih agak segan-segan dengan saudara-mara pihak Kak Shida. Lama jugak kami menunggu. Akhirnya, kami dijemput untuk makan dahulu. Dan tanpa berlengah lagi, kami pun pergilah ke meja hidang, mencedok nasi dan lauk-pauk, dan mengambil tempat masing-masing di meja makan. Aku ambil banyak jugak tulang-tulang lembu yang dicampurkan ke dalam kuah dalca. Enjoy sungguh aku makan tulang lembu tu. Kemudian aku try pulak makan rojak buah. Wah! Rojak buah dia pun hebat jugak. Sempat jugaklah aku makan dua mangkuk rojak buah. Kalau tak fikirkan pasal orang belakang, aku dah tentu bedal dua tempayan.
Abang Karim, Abang Leman dan Abang Zahid, sebelum makan. |
Abang Zai, Ardi dan Ali. |
Hidayat, Kois dan Faridz. Kois sedang belajar selok belok orang berkahwin, pasal tak lama lagi giliran Kois pulak. |
Ali, Faiisal dan Amin gembira bila Pak Andak mereka nak berkahwin. |
Nana dan Suraya ceria pada hari penting ini. |
Hafez dan Huda bersama anak mereka, Qalif. |
Abang Zahid dan Hidayat, salah sorang anak Abang Hj Khalid. |
Aku bersama Syahmie dan Abang Zai. |
Bersama Abang Zai dan Ardi. |
Makan time! Dan kami pun terus makan. |
Syahmie mengisi pinggannya dengan makanan berkhasiat. |
Setelah habis makan, dan menanti seketika, akhirnya sampai jugak Abang Haji Khalid bersama Tok Kadi. Dan kami pun terus masuk ke dalam rumah, bersesak-sesak ruang tamu dibuatnya. Dan Tok Kadi pun keluarkanlah segala macam dokumen dari beg Doraemon-nya. Abang Hj Khalid pulak menanti dengan sabar, saat Tok Kadi akan bersalaman dan melafazkan kata-kata hikmat bagi penyatuan Abang Hj Khalid dan Kak Shida.
Bersambung...
Abang Hj Khalid dengan Tok Kadi. Tok Kadi ni cool aje. |
Abang kepada Kak Shida merenung tajam Tok Kadi. Tapi Tok Kadi maintain cool... |
No comments:
Post a Comment