Bahagian 3 (Akhir)
Payah betul cerita ni nak sampai kat episod akhir. Asyik tertangguh aje. Tapi kini aku nak kisahkan kesudahan majlis pernikahan Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Kak Shida pun lalu mencium tangan suaminya. Dan Abang Hj Khalid pun menciumlah pulak dahi isterinya. Dan para paparazi menyuruh kedua pasangan suami isteri itu duduk kat pelamin untuk bergambar bersama-sama sebagai suami dan isteri. Biasanya pengantin tak akan banyak soal. mereka akan ikut aje arahan juru gambar.
|
Mencari target yang sesuai untuk menyinggahkan sekuntum ciuman buat isteri tersayang. Chuppp! |
|
Bersanding di atas pelamin buatan sendiri. Serius! Memang Abang Khalid buat sendiri pelamin ni untuk dirinya! |
|
Belum puas bersanding. |
|
...dan terus bersanding lagi... |
|
Ok. Posing terakhir di atas pelamin. |
Setelah bergambar, hingga penuh semua memory card yang ada dalam simpanan, barulah acara menukar-nukar barang hantaran dilaksanakan. Satu untuk ko, satu untuk aku. Dua untuk ko, dua untuk aku. Tiga untuk ko, tiga untuk aku. Hantam sajalah untuk ko, hantam sajalah untuk aku. Bedal ajelah untuk ko, bedal ajelah untuk aku. Sampailah cukup jumlah dulang ditukar suka sama suka.
|
Abang Zai menukar barang hantaran suka sama suka.
|
|
"Nah! Amek yang ni," kata Abang Zai. |
Oleh kerana tak ada kek khusus yang disediakan untuk acara memotong kek, maka salah satu kek hantaran terpaksalah dikorbankan untuk dipotong. Lalu sessi bergambar sambil memotong kek pun dilaksanakanlah dengan jayanya. Lepas kek dah kena potong, tibalah giliran acara mengambil secebis kek dan disuapkan ke mulut pasangan masing-masing. "Ngap!" kata Abang Hj Khalid. "Nyam nyam nyam", kata Kak Shida membalas.
|
Jom potong kek pulak. |
|
"Meh kita potong kek ni sama-sama, Yang", kata Abang Hj Khalid kepada Kak Shida. |
|
Dan mereka pun memotong kek bersama-sama. |
|
"Best-lah potong kek ni. Jom kita potong kek lagi!" |
|
"Kek ni nak potong berapa?" tanya Abang Hj Khalid. |
|
Kek perkahwinan yang cantik berhias. |
|
"Nah makan!" kata Kak Shida. |
|
Suap-menyuap suami isteri. |
Sessi bergambar diteruskan lagi. Kali ini dijemput anak-anak Abang Hj Khalid dan anak-anak Kak Shida untuk bergambar bersama sebagai sebuah keluarga yang lebih besar. The more the merrier. Keluarga aku pun tak ketinggalan untuk bergambar bersama dengan pasangan pengantin ini. Dan seterusnya satu demi satu keluarga berhimpun di atas pelamin ringkas untuk mengabadikan sebuah kenangan di dalam sekeping gambar. Semua ahli keluarga, semua tetamu, seluruh penduduk kampung, sekelian warga Ampang, dan seantero warga negeri Selangor telah berasak-asak untuk bergambar dengan mempelai.
|
Bergambar dengan anak-anak. |
|
Keluarga dah jadi semakin besar. |
|
Semoga lebih harmoni. |
|
Keluarga aku pulak tumpang sekaki nak bergambar dengan pengantin. |
|
Wanie, Amier dan Sabriena tak dapat join. |
Sebelum pulang, anak-anak bujang berkumpul di laman rumah dan menceritakan pengalaman masing-masing ketika sedang dalam proses memikat pasangan. Nampak mereka semua sangat happy meraikan hari Pak Andak mereka bernikah. Dan masing-masing telah memasang angan-angan untuk segera bernikah dengan pilihan hati. Antara yang terawal sudah pastinya Kois.
|
Sebelum meninggalkan rumah keluarga Kak Shida. |
|
Macam kumpulan K-Pop tradisional pun ada jugak. Keh keh keh... |
Dan selepas majlis selesai, dan setelah semua berkumpul kembali kat rumah Kak Timah, Asyraf pun mengeluarkan seekor ular sawa Anaconda yang telah diimport khas dari Brazil dengan harga pindahan sebanyak USD8 juta. Ini juga bersempena dengan tahun ular bagi tahun Cina pada masa ini. Ssssssssssss... kata sang ular yang turut bergembira bila diberi tahu Abang Hj Khalid telah pun selamat diijab kabulkan dengan Kak Shida.
|
Hidayat nak cuba rasa makan daging ular hidup. |
|
Ular ni sebenarnya sebesar batang kelapa. Dia nampak kecil pasal pakai teknik camera trick. |
No comments:
Post a Comment