m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 13, 2013

Dalam kenangan: Allahyarham Ayahanda Atan menyambut hari jadi ke-86

Ini kisah lama yang tersimpan. Baru sekarang aku berkesempatan untuk memaparkan kisah ini di laman blog buat semua pembaca yang budiman. Tanggal 30 Disember 2012 lalu, merupakan tarikh hari lahir ke-86 Allahyarham Ayahanda Haji Atan. Paginya aku ada permainan bowling kat Wangsa Walk. Kira-kira jam 12 tengah hari, aku dapat panggilan dari Kak Esah yang mengatakan Allahyarham Ayahanda nak aku bacakan doa selamat sempena hari lahirnya itu. Aku setuju, tapi kataku, aku akan sampai lambat sedikit pasal perlawanan bowling tengah berlangsung. Dan mereka pun menunggulah aku datang sehingga petang.

Ardi dan Abang Zai - merenung semut yang menjunjung seketul kuih koci yang masih berbalut.
Sepupu-sepapat, cucu-cucu Allaharyam Ayahanda Atan bersembang di luar rumah.
Hafez dan ayah mentuanya - Abang Ngah. Kois sekadar enter frame..
Membawa Haikal bersiar-siar.
Bersiap sedia untuk merempit.
Aku sampai di rumah Kak Esah kira-kira jam 4 petang. Masa tu masih ramai lagi yang belum datang rupanya. Kira-kira waktu asar, barulah anak-anak dan cucu-cucu mula ramai memenuhi ruang rumah Kak Esah. Dan semua berkumpul untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan. Aku mewakilkan anak aku, Syahmie yang lebih lancar membaca doa selamat. Doa dibacakan Syahmie. Yang lain mengaminkan doa tersebut.

Kaum ibu bersembang pasal kolagen produksi Kak Uda.
Air minum yang Ali jual sangat laris di pasaran.
Anak-anak kecil sangat kagum dengan kebolehan Amin bermain i-pad.
Abang Zai dan Ardi menengok cicak menjunjung lipas di atas dinding.
Hafez melayan puteranya.
Selepas itu masing-masing bersalaman, mencium Allahyarham Ayahanda dalam kesyahduan. Allahyarham memang tak berapa sihat ketika tu. Tapi sempena hari lahirnya itu, Allahyarham telah berpakaian jubah kemas serta berserban. Sedikit sebanyak terasa sebak jugak ketika mencium pipi Allahyarham yang agak dingin.

Bersalaman dan mengucapkan selamat.
Emi dan Hafez bersalaman dengan Allahyarham atuknya.
Huda dan Faiisal turut mendoakan keafiatan buat Allahyarham atuk.
Giliran Shahira bersalaman dengan Allahyarham Atuk Atan.
Sesudah itu, kami terus sambung makan minum dan bersembang sesama ahli keluarga macam biasa. Bagi yang ada masa terluang yang lebih banyak, mereka duduk lepak kat rumah kak Esah dengan lebih lama. Bagi yang ada urusan lain, mereka pulang lebih awal. Aku dan keluarga pula pulang setelah malam menjelang. Setelah perut kenyang. Setelah puas beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain. Seminggu selepas itu Allahyarham Ayahanda meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri. Memang kami sangat merindui Allahyarham Ayahanda. Namun Allah Yang Esa telah menentukan segalanya. Kami redha...

Abby dan Taqif  - rambut siapa yang lebih stylo?
Abby, Amin dan Amier sedang menjamu selera.
Amier bermain di laman rumah.
Taqif yang murah dengan senyuman ingin bergaya juga.
Emi bersembang dengan dua orang abang iparnya.

1 comment: