m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 28, 2013

Bowling amal SMTM: Mencari pemenang

Bahagian 3

Bertarung sudah. Makan minum pun sudah. Kini tiba masa untuk mendengar keputusan dari pengadil - siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara. Juara akan dapat sebijik kereta Proton Juara. Itulah cadangan asalnya. Tapi oleh kerana kereta Proton Juara dah tak ada stok kat kilang, maka hadiah terpaksalah digantikan dengan barang lain yang sama nilai dengannya, iaitu payung besar yang sangat mahal.

Fazlina dan Hafiz. Hafiz sedang menyanyikan lagu dangdut Senggol-senggolan Mas Idayu.
Setelah agak lama menanti (ada kira-kira tujuh hari tujuh malam jugaklah para peserta menunggu), akhirnya pengerusi majlis, Hafiz pun membuka mulut. Masing-masing melihat mulut Hafiz kerana ingin tahu keputusan muktamadnya. Tapi rupa-rupanya Hafiz bukak mulut pasal nak menguap. Huwaaaaaaaahhhgh... Kemudian Hafiz bukak mulut lagi, dan kali ini barulah terpacul kata-kata yang menghuraikan kekusutan pada minda para peserta. Bermula dengan pertandingan mewarna kategori kanak-kanak. Anak aku Wanie menang tempat pertama. Dia menang bukan sebab kroni, tapi memang hasil kerjanya lebih detail dari peserta lain. Tapi, hadiah tempat pertama sampai tempat ketiga semuanya sama aje!

Antara pemenang pertandingan mewarna kategori kanak-kanak.
Tempat kedua pertandingan mewarna..
Wanie jadi juara pertandingan mewarna.
Hadiah saguhati peserta kanak-kanak.
Amier pun dapat hadiah saguhati jugak.
Baby Irwan ni pun masuk pertandingan mewarna jugak.
Sesudah itu, diumumkan pulak pemenang kategori berkumpulan. Berikut adalah senarai pemenangnya:

1.   Johan - Kumpulan Lane 4 dengan jumlah mata 1,583. Ahli kumpulan: Umar See Abdullah, Fazlina, Haidzir Johaniz & Rozilah Ogy. Kumpulan ni menang bukan pasal markahnya yang tinggi, tapi pasal kehebatan salah sorang pesertanya - Haidzir JOHANiz. Ada perkataan JOHAN terselit pada nama beliau.

2.   Naib Johan - Kumpulan Lane 1 dengan jumlah mata 1,477. Ahli kumpulan: Irwan Mustapha, Hashimah Rahman, Wan Jamal & Aishah Alwi. Kumpulan ini menduduki takhta Naib Johan kerana mereka mendapat tempat kedua.

3.   Tempat Ketiga - Kumpulan Lane 5 dengan jumlah mata 1,390. Ahli kumpulan: Raudi, Fauziah Hanim, Mohd Adam & Sharifah Norsaliza. 

Pemain lelaki terbaik pulak jatuh kepada Irwan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 537. Kalau nak ikutkan, mungkin jugak aku boleh jadi juara kerana telah menjatuhkan sebanyak 5,933 dalam tiga game. Tapi oleh kerana jumlah itu telah melebihi had maksimum (iaitu 900 pin), maka kemenangan aku itu terpaksa dibatalkan. Tambahan pulak, pin-pin tu semua telah dijatuhkan dengan menggunakan senapang M-16.

Pemain wanita terbaik disandang oleh juara bertahan - Suhaiza dengan jatuhan pin sebanyak 467. Itu tak termasuk pin baju serta no pin kad ATM yang turut terjatuh masa membuat balingan. Kalau campur tu semua sekali, ada dekat 30,000 semuanya. Suhaiza ni adalah salah sorang ahli dalam group aku  sebenarnya. Kami tak dapat johan pasal player yang lagi tiga orang tu (termasuk aku) agak hampeh sikit. He he he...

Raudi dan geng di tempat ketiga.
Naib johan kumpulan.
Masing-masing gembira dapat hadiah pencil box dan chewing gum.
Raudi meninjau isi kandungan beg dengan perasaan terharu.
Juara kumpulan. Ogy jadi juara dua kali berturut-turut.
Irwan - peserta lelaki terbaik.
Johan dengan hadiah masing-masing.
Suhaiza - pemain wanita terbaik.
Juara longkang pulak dimenangi oleh adik Nur Anisa Ain dengan jatuhan pin sebanyak 81 bijik. Itu pun sebenarnya jumlah pin yang jatuh adalah 1 bijik aje. Yang lagi 80 tu jatuh pasal ada sedikit gempa bumi ketika permainan sedang dilangsungkan. Juara longkang dua tahun lalu, Syahmie nampaknya terpaksa akur dengan kekalahan ini.

Juara longkang. Tak sia-sia mak suruh adik cuci longkang tiap-tiap hari. Hik hik...
Habis main, kami sambung makan-makan, minum-minum dan sembang-sembang. Oleh kerana aku bukan warga SMTM sebenarnya, maka tak ada apa yang nak aku sembangkan. Jadi aku duduk kat satu corner dan cuba pejamkan mata sampailah time untuk balik. Lepas ni ada satu lagi majlis yang aku kena pergi kat rumah kakak ipar aku kat Gombak. Akhir kata, selamat bersukan dan selamat beramal!!!

Bergambar kenangan ramai-ramai.
Antara warga SMTM yang hadir.
Semua berwajah ceria.
Mengharapkan acara yang seumpama ini pada masa akan datang.
Cuba nengok. Ada tak muka yang masam kat sini?
Banner bowling amal direntang.
Ismail, jurufoto official pun nak bergambar jugak.
Ismail buat enter frame. Paling glamer dia!

No comments:

Post a Comment