m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 28, 2013

Karaoke keluarga di Galaxy Ampang

Ingat tak post aku yang lepas pasal perkahwinan abang ipar aku, Abang Hj Khalid dan Kak Shida? Pada malam tu, kami memberi sedikit ganjaran kepada kami semua setelah berpenat lelah bergotong royong menjayakan majlis pernikahan tersebut. Maka wife aku dan dua orang kakaknya serta sepuluh orang anak saudara telah ke pusat karaoke Music Star di Ampang. Di sinilah tempatnya kami boleh menyumbangkan lagu tanpa dibaling telur busuk oleh penonton yang hadir.

Di luar pusat karaoke.
Sebahagian anak-anak saudara yang memeriahkan majlis karaoke pada malam itu.
Semua orang kat situ happy jer walau lagu yang didendangkan mendayu-dayu sedihnya.
Kami datang agak lambat sikit. Masa kami sampai tu dah ramai yang datang memenuhi ruang karaoke. Tempat tu taklah glamer sangat. Tapi setting tempat tu serta kemudahannya agak baik jugaklah. Sessi menyanyi malam tu telah dibiaya oleh salah sorang anak buah, Syafiq. Masing-masing pun membuatlah pilihan lagu-lagu yang digemari. Ada lagu-lagu terkini dinyanyikan. Dan ada jugak yang lebih cenderung untuk menyanyikan lagu-lagu masa lampau seperti lagu-lagu pada era zaman dinosaur dengan tajuk-tajuk lagu berjudul - "T-rex Ku Sayang", "Hatiku Dihimpit Spinosaurus" dan "Menggapai Apatosaurus". 

Kak Timah sedang menyanyikan lagu nasyid.
Layar memilih lagu dan menonton klip video.
Kakak-kakak iparku dengan akapela lagu nasyid.
Hidayat sedang mendendangkan lagu berentak rancak ceria, tapi menampilkan imej syahdu terluka.
Syauki dan Syafiq berduet lagu Tepuk Amai-amai.
Faiisal dengan lagu Najwa Latif bertajuk Cinta Muka Buku Matematik.
Asyraf pula lebih cenderung menyanyikan lagu-lagu asli seperti Seri Mersing dan Kuala Sedeli.
Tengah menyanyi tetiba Taufiq terpaksa menahan kentut. Takut kamar yang kecil dicemari toksik.
Ali tidak menyanyi, tetapi memberi ucapan yang panjang lebar mengenai sejarah pembentukan Tanah Melayu.
Amin terus-menerus mencuba mikrofon... "Testing, testing, satu dua tiga empat............... lima juta empat ribu dua puluh tiga.
Sedang memilih lagu.
Sempat jugak aku mendendangkan dua buah lagu yang tak berapa lama seperti "Apa Khabar Orang Nigeria" dan "Di Balik Argentina, Bolivia dan Venezuela" yang pernah dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza, tapi tak pernah dimainkan di corong-corong radio. Yang paling hangat sekali ialah apabila semua anak saudara bangun berdiri menyanyikan lagu Khayalan yang pernah dipopularkan oleh Black Dog Bone dan Ruffedge. Tepat jam 12 malam, mesin karaoke ditamatkan, tanda para pengunjung perlu balik pasal kedai dah nak tutup. Tapi kami agak puas jugaklah menyanyi dan melalak sakan sesama saudara mara. Okay! Next time siapa pulak nak belanja karaoke? Calling-calling lah...

Menyanyikan lagu "Khayalan" beramai-ramai.
Masa ni memang sangat happening-pening lalat.
Siap dengan showmanship lagi, especially Faiisal.
Asyraf menunjukkan tanda peace kepada peminat-peminatnya yang menjerit-jerit di stadiuim. (Eh, masa bila pulak ke stadium?)
Majlis karaoke diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku...

Wednesday, February 27, 2013

Pernikahan Abang Hj Khalid & Kak Shida: Selamat

Bahagian 3 (Akhir)

Payah betul cerita ni nak sampai kat episod akhir. Asyik tertangguh aje. Tapi kini aku nak kisahkan kesudahan majlis pernikahan Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Kak Shida pun lalu mencium tangan suaminya. Dan Abang Hj Khalid pun menciumlah pulak dahi isterinya. Dan para paparazi menyuruh kedua pasangan suami isteri itu duduk kat pelamin untuk bergambar bersama-sama sebagai suami dan isteri. Biasanya pengantin tak akan banyak soal. mereka akan ikut aje arahan juru gambar.

Mencari target yang sesuai untuk menyinggahkan sekuntum ciuman buat isteri tersayang. Chuppp!
Bersanding di atas pelamin buatan sendiri. Serius! Memang Abang Khalid buat sendiri pelamin ni untuk dirinya!
Belum puas bersanding.
...dan terus bersanding lagi...

Ok. Posing terakhir di atas pelamin.
Setelah bergambar, hingga penuh semua memory card yang ada dalam simpanan, barulah acara menukar-nukar barang hantaran dilaksanakan. Satu untuk ko, satu untuk aku. Dua untuk ko, dua untuk aku. Tiga untuk ko, tiga untuk aku. Hantam sajalah untuk ko, hantam sajalah untuk aku. Bedal ajelah untuk ko, bedal ajelah untuk aku. Sampailah cukup jumlah dulang ditukar suka sama suka.

Abang Zai menukar barang hantaran suka sama suka.
"Nah! Amek yang ni," kata Abang Zai.
Oleh kerana tak ada kek khusus yang disediakan untuk acara memotong kek, maka salah satu kek hantaran terpaksalah dikorbankan untuk dipotong. Lalu sessi bergambar sambil memotong kek pun dilaksanakanlah dengan jayanya. Lepas kek dah kena potong, tibalah giliran acara mengambil secebis kek dan disuapkan ke mulut pasangan masing-masing. "Ngap!" kata Abang Hj Khalid. "Nyam nyam nyam", kata Kak Shida membalas.

Jom potong kek pulak.
"Meh kita potong kek ni sama-sama, Yang", kata Abang Hj Khalid kepada Kak Shida.
Dan mereka pun memotong kek bersama-sama.
"Best-lah potong kek ni. Jom kita potong kek lagi!"

"Kek ni nak potong berapa?" tanya Abang Hj Khalid.
Kek perkahwinan yang cantik berhias.
"Nah makan!" kata Kak Shida.
Suap-menyuap suami isteri.
Sessi bergambar diteruskan lagi. Kali ini dijemput anak-anak Abang Hj Khalid dan anak-anak Kak Shida untuk bergambar bersama sebagai sebuah keluarga yang lebih besar. The more the merrier. Keluarga aku pun tak ketinggalan untuk bergambar bersama dengan pasangan pengantin ini. Dan seterusnya satu demi satu keluarga berhimpun di atas pelamin ringkas untuk mengabadikan sebuah kenangan di dalam sekeping gambar. Semua ahli keluarga, semua tetamu, seluruh penduduk kampung, sekelian warga Ampang, dan seantero warga negeri Selangor telah berasak-asak untuk bergambar dengan mempelai.

Bergambar dengan anak-anak.

Keluarga dah jadi semakin besar.
Semoga lebih harmoni.
Keluarga aku pulak tumpang sekaki nak bergambar dengan pengantin.
Wanie, Amier dan Sabriena tak dapat join.
Sebelum pulang, anak-anak bujang berkumpul di laman rumah dan menceritakan pengalaman masing-masing ketika sedang dalam proses memikat pasangan. Nampak mereka semua sangat happy meraikan hari Pak Andak mereka bernikah. Dan masing-masing telah memasang angan-angan untuk segera bernikah dengan pilihan hati. Antara yang terawal sudah pastinya Kois.

Sebelum meninggalkan rumah keluarga Kak Shida.

Macam kumpulan K-Pop tradisional pun ada jugak. Keh keh keh...
Dan selepas majlis selesai, dan setelah semua berkumpul kembali kat rumah Kak Timah, Asyraf pun mengeluarkan seekor ular sawa Anaconda yang telah diimport khas dari Brazil dengan harga pindahan sebanyak USD8 juta. Ini juga bersempena dengan tahun ular bagi tahun  Cina pada masa ini. Ssssssssssss... kata sang ular yang turut bergembira bila diberi tahu Abang Hj Khalid telah pun selamat diijab kabulkan dengan Kak Shida.

Hidayat nak cuba rasa makan daging ular hidup.
Ular ni sebenarnya sebesar batang kelapa. Dia nampak kecil pasal pakai teknik camera trick.

Sunday, February 24, 2013

Pernikahan Abang Hj Khalid & Kak Shida: Akad nikah

Bahagian 2

Abang Hj Khalid sedar, sebentar lagi dia akan menjadi suami Kak Shida yang sah, menjadi ayah tiri kepada tiga orang anak Kak Shida. Kehidupan beliau akan berubah, lebih tenang, lebih harmoni dan segalanya kan menjadi lebih positif. Tapi Tok Kadi masih tak sudah-sudah membelek-belek kertas bertulis macam-macam yang kami pun tak berapa tau apa kandungannya. Setelah seketika menanti, Tok Kadi pun mula beramah mesra dengan pengantin lelaki supaya gemuruh di dada dapat dikurangkan. Sesekali Tok Kadi ada membuat jenaka ringan. Dan para tetamu turut tersenyum lebar atau ketawa kecil dengan jenaka Tok Kadi.

Tok Kadi sedang menyiapkan borang yang macam-macam.
Kak Shida menanti dengan sabar.
Sebahagian daripada ahli keluara pengantin pihak lelaki.
Ahli keluarga menanti dengan debaran.
Abang Karim sedang mencari sudut penggambaran yang paling strategik.
Akhirnya tiba juga saat lafaz akad. Bermula dengan abang kepada Kak Shida mewakilkan Tok Kadi untuk menikahkan Abang Haji Khalid dengan Kak Shida. Kemudian Tok Kadi membaca khutbah nikah. Dan akhirnya Tok Kadi menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Abang Hj Khalid. Tok Kadi bagi peluang kepada pengantin lelaki untuk buat rehearsal satu kali. Lepas tu terus lafaz akad yang betul-betul punya. Dalam keadaan agak gugup, Abang Hj Khalid tersasul ketika melafaz terima nikah. Buat lagi untuk kali kedua, dan kali ni terus sukses tanpa masalah. Tahniah untuk kedua-dua pasangan Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Ada jugak yang sebak. Barangkali kerana ketiadaan Allahyarham Ayahanda Atan yang telah mengamanatkan supaya Abang Hj Khalid dan Kak Shida bernikah dalam sekitar bulan Januari tahun ini.

Upacara akad nikah akan dimulakan tak lama lagi.
Aku nikahkan akan dikau. Eh silap! Ni wakil nikah aje laaa...
Tok Kadi dah bersalam dengan Abang Hj Khalid.
Mari kita mulakan.
"Aku nikahkan akan dikau..."
"Aku terima nikah..."
Dan doa pun dibacakan oleh Tok Kadi.
Melafaz janji.
Tok Kadi lantas membacakan doa selamat, dan beberapa dokumen perjanjian ditandatangani oleh Abang Hj Khalid dan Kak Shida. Itu semua prosedur biasa. Begitu banyak paparazi mengambil gambar acara yang bersejarah ini. Aku tak terkecuali. Setelah itu, cincin kahwin pun disarungkan ke jari pasangan masing-masing. Satu kucupan sayang disinggahkan ke dahi Kak Shida oleh Abang Hj Khalid. Seluruh ahli keluarga teruja dan gembira apabila acara ini telah berlangsung dengan selamat. Ada jugak teman-teman rapat yang usik-mengusik pengantin baru ini.

Bersambung...

Doa selamat dibacakan Tok Kadi.
Sebahagian daripada paparazi amatur.
Perjanjian telah dimeterai.
Acara menyarung cincin.
Mula-mula jari manis Kak Shida disarungkan cincin.
Cincin telah di jari.
Cincin emas jadi tanda ikatan.
Jari manis Abang Hj Khalid pulak disarungkan cincin perak.
Menyarung cincin ke jari suami.
Cincin perak berbatu hijau.
Bau tangan suami. Eh silap! Bukan bau, tapi cium. Sorry...
Mencium dahi isteri. Seronoknya!