Ya. Aku memang bercuti selama enam hari sejak minggu lepas. Tapi tak bermakna aku duduk lepak tak buat satu benda pun. Nama aje cuti, tapi masih sibuk dengan hal-hal yang dah lama tertangguh. Makanya, bila tiba malam, aku dah agak kepenatan untuk meninjau apa hal dengan aku punya blog. Baru sekarang nilah aku rasa dapat nak menulis sikit.
Ingat tak dulu aku bercerita pasal ada satu kedai mamak kat TTDI yang jual roti nan spesel yang sedap? (Rujuk http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/12/betul-punya-mamak.html). Kalau korang masih ingat, nama restoran tu ialah Restoran Mosin. Pada 15 Disember 2012, kami telah check-in kat Hotel Hilton PJ. Sesaja je nak menyambut birthday wife aku pada keesokan harinya. Lepas check-in dan solat maghrib, kami terfikir-fikir jugak nak makan kat mana. Ada jugak menanya adik aku yang agak expert pasal lokasi pemakanan kat kawasan PJ. Adik aku suggest makan kat Taman Tun. Nama kedai dia aku dah tak ingat. Tapi, setelah berdiskus anak-beranak, akhirnya kami bersetuju nak pergi makan kat restoran mamak yang ada buat roti nan spesel. Dan kami pun ke sanalah...
Amier kata dia kenyang. Last-last aku punya maggi sup habis dibedalnya. Aku kena makan nasi campur.. |
Ayah aku sangat berselera nak makan mi goreng. |
Aku sebagai tukang driver, memang tak tau jalan short cut. Jadi aku bedal lah ikut jalan panjang. Aku fikir, Tun Dr Ismail ada kena mengena dengan Perdana Menteri Malaysia yang lain-lain jugak. Maka dari Hotel Hilton PJ, aku menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ini Agung, bukan PM rasanya). Lepas tu aku ikut Jalan Tun Razak. Pintas pulak kat Jalan Sultan Ismail (pasal nama dia dekat-dekat sama). Lepas tu barulah aku potong straight ke Taman Tun Dr Ismail a.k.a. TTDI. Jauh sungguh rasanya perjalanan tadi. Dekat nak lapan jam jugaklah, sampai sakit-sakit pinggang aku. Tak apalah. Pokok pangkalnya kami dah sampai ke destinasi.
Menikmati juadah yang memang enak. Cuma slow servis aje. |
Kami pun keluar dari kereta dan mengambil tempat masing-masing. Alamak! Ramai pulaklah orang. Nampak gayanya macam jemaah dari masjid berdekatan telah menyerbu ke restoran tu untuk makan malam. Walaupun ramai, kami berjaya jugak mendapatkan satu meja panjang untuk memuatkan kira-kira lapan orang. Kami pun meminta order. Ada roti nan spesel, ada maggi goreng, ada maggi sup dan ada mi goreng. Dan kami order air jugak.
Mencuba makan roti nan spesel pulak. |
Nampak agak kelam-kabut sikit tempat tu. Kami menanti dengan agak lama jugak kat meja untuk mendapatkan pesanan kami. Kami berjaya mendapatkan air. Itu pun aku kena buat self servis sikit-sikit, baru boleh dapat. Yang paling last sekali kami dapat ialah roti nan spesel. Ada jugak orang yang datang lambat sikit tapi dah dapat dulu. Jadi mak aku suruh aku tunggu kat tempat orang buat roti nan tu untuk memastikan pesanan kami tidak tertinggal. Aku pun berdirilah kat sebelah mamak yang buat roti nan tu. Aku siap dah boleh tau resipi dan cara-cara nak buat roti nan tu. Penantian aku akhirnya berbaloi. Pesanan kami akhirnya dipenuhi jugak. Tapi, sebahagian roti nan tu kami terpaksa bawak balik pasal dah terlalu lewat baru dapat. Rupanya, pelanggan-pelanggan lain pun menghadapi masalah penantian yang sama. Dan ramai jugak yang komplen kat kaunter bayaran.
Inilah roti nan spesel - roti nan Mumtaz! |
Sewaktu membayar di kaunter, mak aku siap komplen, katanya menunggu dahlah lama. Lepas tu ada pulak orang yang dapat pesanan tak ikut urutan giliran. Lalu mamak kaunter tu tersenyum sambil berkata, "Ini hari boss tada. Semua kuli juga. Itu Malayu punya style memang ikut itu giliran punya. Tapi mamak punya style, biasalah ini macam..." Dan kami pun beredarlah dengan perut kenyang, tetapi telah meluangkan masa terlalu lama pulak kat situ. Dalam keadaan kelam kabut tu, aku sampai terlupa nak bayar makan nasi campur lauk kambing masak kari. Hari esoknya barulah aku datang balik ke restoran tu (tak pasal-pasal) dan membuat bayaran untuk makanan yang aku makan semalamnya.
Kenyang jugak kami makan. |
No comments:
Post a Comment