Awal tahun 2013, aku telah memulakan aktiviti bermain tenis di Titiwangsa. Kawan tenis aku kata tak payah book court. Nanti kami boleh join ada satu lagi group baru yang selalu main tak cukup korum. Aku pun setujulah. Maka pada hari yang telah ditetapkan, aku terus menghala ke Titiwangsa untuk bermain tenis dengan group baru yang diperkatakan oleh geng tenisku. Tak nampak pun kelibat mereka. Aku sms geng aku, menanyakan sama ada game tenis pada hari itu ada atau tidak. Masing-masing memberikan jawapan yang negatif. Alamak! Aku tengah bersemangat ni. Players pulak tak ada. Malah court jugak tak ada. Aku fikir sejenak. Aku nampak ada satu group yang terdiri dari tiga anak muda (dua orang Cina dan seorang India) sedang bermain di gelanggang. Aku minta izin untuk tumpang main. Mereka benarkan. Dan kami main stroke aje. Sempat jugaklah aku pukul-pukul bola tenis untuk selama kira-kira setengah jam. Bila waktu dah time, kami terpaksa meninggalkan gelanggang.
Sebelum aku meninggalkan gelanggang, Abang Kamal dari salah satu group veteran telah mengajak aku untuk join group dia. Yuran RM20 dan setin bola tenis setiap bulan. Syaratnya tak boleh join group lain dan kena main dengan regular. Aku berfikir sejenak. Pelawaan yang menarik. Cuma untuk mematuhi syarat-syarat tu rasanya aku masih belum mampu. Pasal aku suka bermain tenis dengan Foong, Abang Hj Nordin dan Abang Aziz. Nantilah aku fikirkan dulu.
Dua orang pemain muda yang bermain tenis denganku. |
No comments:
Post a Comment