Cuba gostan balik ke cerita pasal makan kat kedai mamak yang salah hari tu (rujuk
http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/12/salah-mamak.html) yang pernah aku ceritakan kat korang dulu. Rentetan dari kejadian itu, kami telah sekali lagi mencuba cari kedai makan mamak yang menjual roti nan yang sedap dan hebat tu. Selepas melawat Kak Long yang kurang sihat di Hospital Pakar Damansara, kami terus merayau-rayau di sekitaran Taman Tun Dr Ismail. Kali ni haluan kami lebih tersusun setelah mendapat panduan dari Abang Zai yang memang arif benar pasal lokasi kedai makan mamak yang kami maksudkan tu. Sebenarnya kedai tu terletak sangat berdekatan dengan Hospital Pakar Damansara. Jalan kaki pun boleh.
|
Di luar Restoran Mosin. |
|
Sedang menikmati juadah yang hebat. Mata Wanie terus menjeling ke arah roti nan special tanpa berkelip walau untuk seketika. |
Dan akhirnya kami pun berjaya menjejakkan kaki ke kedai yang bernama Restoran Mosin. Sejurus masuk ke dalam kedai, isteriku pun berkata, "Haaa... inilah dia kedai yang jual roti nan sedap tuuuuu!!!" Kami terus cari tempat duduk. Masa tu orang tak berapa ramai sangat. Jadi, servis mestilah cepat kot. Isteriku menanya seorang mamak yang ambil order, "Roti nan Maharani ada?" "Maharani tada. Mumtaz ada. Taj Mahal juga ada", jawab mamak tadi. Dan kami pun diberikan menu untuk kami memilih makanan. Kami order maggi goreng, sup kambing, roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal.
|
Ini adalah roti nan Taj Mahal yang sedap, tetapi mahal sangat. |
|
Syahmie bersama sup kambingnya yang berasa seperti sup badak air. |
Tak begitu lama menunggu, akhirnya makanan pun sampai. Maggi gorengnya memang agak sedap jugak berbanding beberapa kedai mamak yang pernah aku kunjungi. Tapi sup kambingnya agak menghampakan. Pesan aku, kalau ke sini jangan order sup kiambing. Memang tak kaw langsung. (Tokey kedai mamak ni mesti marah kat aku kalau dia tau aku cakap macam tu pasal sup kambing dia). Dan yang paling lambat sampai ialah roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal. Roti nan Mumtaz ada letak sayur kat atas dia. Roti nan Taj Mahal pulak ada letak ayam tanduri kat dalam dia. Memang sangat enak kedua-dua roti nan tu. Kuah dia pun sangat sedap. Cuma tang harga dia aje yang tak berapa nak sedap. Agak mahal. Mumtaz berharga RM6.00 manakala Taj Mahal berharga RM13.00 sekeping. Aku nak sarankan kat tokey kedai suruh tukar nama roti nan tu kepada Taj Murah. Barulah harganya akan jadi murah jugak. Kalau nama Taj Mahal, sampai bila-bila pun akan sentiasa jadi mahal. Walau bagaimanapun, kami sangat puas hati makan kat situ. Semuanya sedap-sedap belaka. (Melainkan sup kambing). Jom datang ke sini dan try dia punya roti nan!
|
Amier makan maggi goreng dan roti nan special sekali gus. |
|
Ini roti nan Mumtaz - aku punya favourite! |
No comments:
Post a Comment