Bagi Amier, apalah erti bercuti jika tiada acara berenang-renang. Tak kiralah berenang kat mana sekali pun. Paling afdhal di swimming pool. Kalau tak pun boleh aje kat pantai, kat lopak, dalam bath tub, atau dalam baldi. Janji boleh berenang-renang. Maka bila kami sampai aje Hotel Hilton KL Sentral ni, Amier terus ajak kami ke swimming pool pasal dia nak berenang. Jadi kami semua ke swimming pool setelah solat asar.
|
Wanie menunjukkan cara-cara nak mengapungkan diri tanpa penggunaan pelampung. |
|
Perenang muslimah. |
|
Mencuba terapung setelah ditunjuk ajar oleh Wanie. |
|
Yana terjaga, sementara isteriku tertidur di dalam air. |
Memang Amier sangat teruja dapat mandi kat swimming pool yang luas dan kebiruan warnanya. Dia akan berendam lama-lama. Keluar kolam, masuk kolam. Berlari-lari tepi kolam. Itulah akviti yang sering dibuatnya bila berada di kawasan swimming pool. Yang tukang jaga Amier selalunya isteri aku. Aku jarang pulak pergi berendam dalam air. Selalunya aku duduk kat darat aje. Maklumlah, takut mabuk air. He he he...
|
Amier kepenatan setelah membuat 50 lap di kolam renang. |
|
Eh! Mana Wanie? Rupanya Wanie sedang bersembunyi di balik air. |
|
Amier akan meneruskan lagi 100 lap selepas rehat nanti. |
Sementara yang lain berendam dalam air, aku dan Syahmie duduk kat tepi kolam sambil main i-pad dan jaga barang-barang. Dulu Syahmie suka jugak turun ke dalam kolam untuk berenang. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Syahmie lebih selesa membiarkan badannya terus kering, tidak dibasahi air swimming pool. Pada hal Syahmie memang pandai berenang. Kami pulang ke bilik bila waktu maghrib hampir tiba.
|
Sedang mengendalikan business import export international melalui internet conference. |
|
Tiba-tiba badan Yana terbakar. Lalu pihak bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran pada tubuh Yana. |
|
Wanie dan Yana berehat setelah selesai berenang. |
|
Tiga beranak in the house. Oops! Maksud aku in the water! |
|
Dah sudah mandi. Kejap lagi nak naik atas ke bilik hotel. |
|
Wanie dan background hotel. |
|
Dekat dengan sebuah restoran tepi swimming pool. |
|
Laluan ke sebuah restoran tepi swimming pool. |
|
Di lobi aras swimming pool. Susunan floor tile yang menarik. |
Esok paginya kami tak plan nak ke swimming pool lagi. Tapi Amier mendesak untuk menemaninya pergi berenang. Jadi aku dan isteriku terpaksa akur dengan kehendaknya. After all, ini kan masa kami bercuti anak-beranak. Biarlah dia enjoy sikit ketika sedang bercuti. Tahun depan dah kena kerja keras pasal dah mula masuk darjah satu di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
|
Amier berenang lagi pada keesokan harinya. |
|
Kolam renang untuk kanak-kanak. Cuma dua kaki aje dalamnya. |
|
Amier sedang imagine dirinya menjadi seekor walrus. |
|
Baring sekejap dalam air. |
|
Amier suka berendam. |
|
Hari-hari Amier berendam. |
|
Amier dah berendam. Mari kita main!!! |
|
Satu lagi posing ala-ala singa laut. |
|
Lambaian dari kolam. |
|
Aksi dolphin pulak. |
Amier sangat gembira bila kami turutkan kemahuannya. Masa kami ajak dia pulang, Amier macam tak berapa setuju pasal dia belum puas berenang. Pada hal dia dah berendam dalam air kira-kira sejam. Cukup lama tu sebenarnya. Memang kami kena segera beredar pasal kena check-out dari hotel pada tengah hari. Akhirnya Amier patuhi juga perintah kami. Lepas naik ke bilik, kami terus berkemas-kemas dan bersiap untuk pulang ke rumah. Anak-anak nampaknya macam puas walaupun keletihan. Bukan saja anak-anak, aku pun rasa penat semacam, walaupun kami cuma bercuti di KL aje. Percutian kali ni agak berbeza dari selalu kerana aku tak berkesempatan langsung nak pergi memancing kat mana-mana. Ingatkan nak pergi memancing kat swimming pool aje. Tapi kat swimming pool diorang tak ternak ikan pulak. Cuma ada orang aje! Tak apalah. Next holiday mungkin aku boleh pergi pancing ikan kot. Tengoklah nanti...
|
Dah mandi. Jom balik bilik hotel. |
|
Amier macam tak puas mandi aje... |
|
Nak mandi air terjun pulak? Jom! |
|
Laluan short cut melalui gua ini sangat mengerikan. Ada ribuan kelawar gergasi berterbangan. Serrrammmnya!!! |
|
Air terjun dari gua. |
|
Amier nak mandi kat air terjun dalam gua. |
|
Dekat air terjun ni tak ada ikan kelah ke? Nak jugak aku try mancing. |
|
Amier masih di dalam gua lagi. |
|
Two thumbs up, kata Amier. |
|
Okay. Dah keluar gua. Jom ke bilik hotel. |
No comments:
Post a Comment