m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 27, 2013

Bowling amal SMTM: Berkumpul setelah dua tahun

Bahagian 1

Pada 30 Disember tahun lepas, alumni Sekolah Menengah Taman Maluri (SMTM) ada membuat pertandingan bowling amal kat Wangsa Walk yang terletak di Wangsamaju dan merupakan lokasi utama penggambaran cerita Merong Mahawangsa. Pertandingan ni dibuat bagi mengumpulkan dana untuk membantu meringankan beban sahabat-sahabat bekas pelajar SMTM yang menghadapi masalah kesihatan. Sebenarnya SMTM tu bukannya sekolah lama aku. Tapi ia merupakan sekolah lama wife aku. Aku tumpang join sekali pasal seluruh keluarga turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini.

Wanie dan Syahmie baru sampai dengan semangat berkobar-kobar.
Ogy, Zumaidi, Nasa dan Fazlina.
Hafiz menjadi juru cakap pada majlis ini. Beliau diberikan tugas untuk terus-menerus bercakap tanpa henti, walaupun tengah makan dan minum. Uhuk, uhuk!
Majlis bermula kira-kira jam 11 pagi. Wife aku pulak kebetulan jadi salah sorang dari committee. Jadi dia agak sibuk sikitlah pada hari tu. Aku pulak terus dapatkan sepasang kasut dari kaunter kasut. Dan kemudian mencari bola bowling pulak. Oleh kerana dah dekat berkurun tak main bowling, maka aku pun dah lupa saiz bola bowling yang selalu aku pakai. Aku main ambil aje bola saiz 13. Rasa macam terlebih beratlah pulak. Tapi aku terus pakai aje.

Amier macam merajuk sikit pasal dia tak dapat t-shirt (pasal dia bukan peserta).
Syahmie dah ready untuk membuat balingan bak helikopter.
Untuk anak-anak kecil pulak ada disediakan pertandinan mewarna. Amier dan Wanie ada mengambil bahagian dalam pertandingan ni. Maklumlah, nak main boling tak berapa nak pandai. Jadi main kaler pensel ajelah. Dan Amier serta Wanie nampaknya begitu tekun sekali mewarna lukisan yang diberikan.

Amier dan Wanie sedang khusyuk mewarna lukisan. Oh, nampak gayanya Amier dah pun dapat t-shirt sehelai. Patutlah dia dah tak merajuk lagi.
Para peserta mewarna. Yang paling senior merupakan pelajar sekolah menengah.
Amier mewarna dengan tekun dan hati-hati.
Dari kiri: Suhaiza, Reha, Nasa, Zumaidi dan Saberiah.
Group wife aku: Cairel dan dua lagi anak remaja.
Kalau tak salah aku ada 12 kumpulan semuanya. Satu kumpulan ada empat orang. Dua tahun lepas group aku jadi juara. Tahun ni tak taulah pulak. Group aku tahun ni terdiri dari aku (yang main tak konsisten langsung, ada kalanya okay, ada kalanya teruk). Syahmie (tahun lepas jadi juara longkang, pasal markah dia paling tercorot). Saberiah (yang seumur hidup tak pernah main bowling, nengok bola bowling pun mungkin tak pernah jugak kot). Dan Suhaiza (yang ini sorang aje yang merupakan pemain terbaik wanita dua tahun sudah). Yang lagi tiga tu agak huru hara sikit, termasuklah aku.

Group aku: Suhaiza, aku, Syahmie dan Saberiah.
Wife aku sedang bagi semangat kepada Amier.
Group yang kongsi sama lane dengan group aku: Nasa, Reha dan Zumaidi.
Dua orang kawan rapat - Nasa dan Zumaidi.
Isteriku bersama Amier dan Sharina.
Kengkawan satu sekolah bila dah berjumpa setelah sekian lama tak jumpa pastinya sangat teruja. Bertegur sapa, berborak sakan dan bercerita kisah lama. Makan-makan dan minum ada disediakan untuk semua peserta. Wife aku pulak ada bawak chocolate fountain bagi tujuan makan-makan dan jugak bagi mencantikkan suasana dalaman ruang arena bowling dengan pancuran cecair cokelat. Setiap sorang jugak dapat satu beg goodies. Dalam beg goodies tu ada tuala untuk lap bola bowling. Ada bola bowling saiz 15. Dan ada tiga biji botol bowling untuk praktis kat rumah bila tengah boring. Dan of course, ada satu t-shirt hitam yang ada cetak lencana sekolah dan ada tulisan pertandingan bowling amal. Semua orang berasa sangat happy dan teruja dengan pemberian ini. Ada jugak di kalangan bekas pelajar yang tak join pertandingan ni, tapi dia sekadar buat sumbangan kewangan aje bagi kegunaan persatuan alumni SMTM ini.

Bersambung...

Kawan satu sekolah sedang menjamu selera - Sumarlina, Saberiah dan Rosidah.
Wanie bertugas di meja pendaftaran. Siapa nak guna chocolate fountain kena mendaftar dengan Wanie dulu. Yuran pendaftaran RM10.
Cairel Azhan berazam untuk score 400 point satu game.
Irwan - pemain yang sangat berbakat besar. Pernah memecahkan rekod dunia ketika bertanding di Alaska dan Republik Congo beberapa tahun lalu.
Aishah dan Mastura.

No comments:

Post a Comment