Tahun baru 2013 dah masuk minggu ketiga. Oleh kerana aku masih belum ucap selamat tahun baru buat korang, maka aku pun nak ucapkanlah sekarang, "SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!" Okay, perjalanan game badminton kami berterusan macam biasa. Game pertama pada tahun baru, agak hangat jugak sambutannya. Ramai jugak yang datang di kalangan anak-anak saudara serta birasku. Yah! Inilah semangat yang kita mau! Semoga performance masing-masing makin hebat pada tahun baru ni.
Semoga smash Kois lebih kencang sampai lantai boleh merekah. Semoga Akid boleh bergerak lebih pantas dari harimau cheetah. Semoga Hidayat dah tak komplen pasal sakit kaki lagi. Semoga Amin lebih banyak meng-aminkan doanya sendiri ketika di gelanggang. Semoga rambut Faiisal tak terlalu panjang hingga menutup pemandangannya terhadap tangkis yang mendatang. Semoga Ali boleh buat jumping smash tanpa melompat (pasal Ali banyak sangat melompat daaa...) Semoga Abang Zahid jugak mampu smash sampai meletup-letup pasal otot bicep-nya dah semakin besar sejak kerja turun naik flat angkat air. Dan untuk semua yang lainnya, semoga prestasi masing-masing lebih menyerlah pada tahun ini bagi menjulang piala Tomas Kap. Dan aku, semoga aku dapat kurangkan makan, pasal seluar aku semuanya dah mulai ketat. Adus!
Dari kiri: Kois, Akid, Hidayat, Amin, Faiisal, Ali dan Abang Zahid. |
Dari kanan: Abang Zahid, Ali, Faiisal, Amin, Hidayat, Akid dan Kois. |
No comments:
Post a Comment