Tepat jam 11 pagi, pertandingan dan pertarungan sengit pun bermula. Bola demi bola dilemparkan ke arah botol-botol bowling sampai berserakan bebotol di hujung lane. Ada sesetengah pemain melemparkan bola dengan sekuat tenaga batin hinggakan bersepai bebotol yang tersusun tadi. Ada yang pecah berterabur dan hancur berkecai dibuatnya. Lantai lane yang licin jadi kemek pecah dibuatnya. Terpaksa diganti dengan lantai yang baru. Begitulah sangat hebat dan sengit pertarungan bowling antara warga SMTM dan keluarga masing-masing.
Hanim dan suami tersayang, Pyan. |
Mastura dan Zulhairi. |
Syahmie sedang main i-pad. Eh, silap. Bukan i-pad, tapi monitor bowling. |
Tulisan yang terpampang pada baju kemeja-T para peserta. |
Aku pulak mencapai bola berskala 25 paun bagi menambahkan impak yang luar biasa terhadap balingan yang dibuat. Balingan kubuat bagaikan helikopter terhempas di laut lepas. Bebotol pin bowling habis terpelanting sampai keluar jendela. Ada sekali balinganku terkena tiang bangunan kat tepi bowling alley tu. Senget terus bangunan Wangsa Walk. Nasib baik tak runtuh. Dan permainan yang sangat sengit itu pun diteruskanlah hingga ke penghujungnya.
Hafiz tengah tengok markah yang terpampang di screen. Macam salah kira aje... |
Dengan Ogy sedang menyiapkan buah-buahan untuk dicolek dengan kuah cokelat. |
Baru lepas buat satu strike. |
Syahmie dan Nasa sedang bertanding sebelah menyebelah. |
Suasana di gelanggang. Sangat meriah dan penuh tension. |
Aku dan Syahmie kebetulan dapat satu group. |
Banner yang dipampangkan di gelanggang bowling. |
Hadiah yang menanti pemenang. |
Berbagai hadiah bernilai jutaan ringgit menjadi rebutan. |
Perlawanan yang sangat luar biasa itu akhirnya tamat juga setelah kira-kira lebih dua jam bertarung sesama sendiri. Dan mesin mengira markah pun beroperasilah secara automatik mentotalkan markah setiap kumpulan, dan markah individu juga bagi menentukan juara perseorangan. Markah yang terkumpul kemudiannya diaudit pula oleh juru audit profesional yang didatangkan khas dari Amerika dan United Kingdom. Dan para peserta seluruhnya menantikan keputusan yang bakal dirumuskan oleh juru audit dengan penuh debaran. Kumpulan manakah yang menjadi juara keseluruhan? Siapakah pemain terbaik lelaki dan wanita? Dan siapa pulakkah yang dinobatkan sebagai juara longkang? Soalan demi soalan yang terus bermain-main di benak para peserta.
Bersambung...
Juru audit dari overseas sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. |
Menanti keputusan rasmi dengan penuh debaran. |
Lau mendukung anak..... anak Irwan kot... |
Hafiz selaku pengerusi telah menyuruh juru audit membuat kiraan semula kerana berasa ragu-ragu dengan keputusannya. |
Inilah hasil lukisan yang telah diwarnakan oleh Wanie. |
Bersama Hanim sedang menikmati juadah setelah habis perlawanan. |
Suami Sumarlina juga sedang menjamah nasi beriyani yang diagihkan. |
No comments:
Post a Comment