Kira-kira minggu lepas, mak aku tanya, nak rasa "durian krip?" Apa benda tu? Aku memang tak pernah dengar makanan yang namanya macam tu. Mak aku suruh aku bukak fridge dan ambil makanan tu. Aku pun berbuat seperti yang disuruh. Wah! Cantik sungguh rupa makanan tu, bisik hatiku. Aku pun menjamah sedikit. Sebijik rasa durian. Memang pun isinya diperbuat daripada durian dan whipped cream. Kulitnya macam kulit kuih dadar. Simple aje. Tapi oleh kerana ianya telah menjadi eksklusif, dan telah menjadi bualan hangat di kalangan anak-anak muda zaman ini di seluruh dunia, maka harganya telah di-up-kan sedikit oleh pihak penjual. Satu ketul sebesar tahi gigi dinosaur dijual dengan harga RM2.00. Boleh tahan kan? Isi durian tu tak perlu pakai jenis musang king atau jenis badak king. Asal isi durian aje dah boleh buat kuih ni. Pakai durian tempoyak pun boleh. Oh ya, sebelulm aku terlupa, nama sebenar kuih ni ialah "DURIAN CREPE", berasal dari sejenis makanan mat saleh jugak. Tapi kalau mat saleh dia letak jenis buah-buahan yang lainlah macam jenis-jenis buah berry. Kesimpulannya, makanlah durian crepe untuk negara (aku pun tak tau dari mana datang motto tu).
Durian crepe yang nampak eksklusif dan enak. |
No comments:
Post a Comment