m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, January 19, 2013

Allahyarham Ayahanda Atan pulang ke Rahmatullah

Pada 6hb Januari 2013, ayahanda mentuaku, Allahyarham Hj Atan Hj Bakri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana sakit tua. Waktu tu umur ayahanda kira-kira 86 tahun. Sebelum tu, kami ramai-ramai makan tengah hari kat Restoran Ayam Penyet Ria kat daerah Ampang Point seberang jalan. Lepas makan, kami terus menuju ke hospital balik. Tak lama lepas tu, nurse panggil semua ahli keluarga yang ada kat bahagian menunggu ICU untuk masuk ke dalam. Dan kami bergegas masuk dan melihat ayahanda. Anak-anak dan cucu-cucu dapat melihat bagaimana pernafasan ayahanda semakin lama semakin lemah hinggalah terus terhenti. Allahyarham ayahanda menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan sangat mudah sekali. Waktu tu aku lihat jam tanganku kira-kira jam 5.30 petang. Dan itulah pertama kali aku melihat seseorang menghembuskan nafas terakhir. Sebelum ni memang tak pernah. Air mata anak-anak dan cucu-cucu mengalir kerana kesedihan. Aku tak terkecuali. Itu lumrah perasaan insan.

Para jemaah bertahlil di pagi hari di Masjid Bukit Indah.
Jenazah ayahanda telah dibawa ke rumah Kak Timah dan diuruskan di Masjid Bukit Indah keesokan harinya. Dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas. Pusaranya terletak tak jauh dari pusara Allahyarhamah Bonda Rahmah. Kami merelakan beliau pergi dengan redha. Itulah tempoh hayat yang telah ditentukan Ilahi. Dan tempoh hayat kita sendiri, kita pun tak tahu sehingga mana. Walau pun Allahyarham Ayahanda Atan telah pergi meninggalkan kami kira-kira lebih seminggu yang lalu, sesekali terbayang juga kelibat beliau sedang berpakaian jubah kemas, duduk di atas kerusi roda pada hari lahirnya yang ke-86 tahun lepas...

Jenazah ayahanda dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan Taman Kosas.
Di tanah perkuburan.
Sedang dikebumikan.
Ramai yang menziarahi.
Talqin dibacakan imam.
Menyiram air mawar dan bunga rampai di perkuburan.
Doa pengiring jenazah.
Mengambil giliran menyiram air di pusara.
Anak dan cucu.
Kakak Esah lah yang telah menjaga Allahyarham Ayahanda dan Bonda sepenuh masa sebelum mereka pulang ke rahmatullah.
Cucu-cucu.
Isteriku.
Pusara diziarahi ramai ahli keluarga - yang jauh dan dekat.
Syakira menyiram.
Kami akan sentiasa merindui ayahanda...

No comments:

Post a Comment