Masa kami bermalam di Hotel Hilton KL Sentral, kami makan malam kat luar hotel. Tapi kami tak perlu jalan jauh pasal tempat makan ada kat KL Sentral. Nak fast food macam MCDonald's ada. Nak slow food macam Siput Babi Restaurant atau Restoran Kura-kura pun ada. Pilih ajelah yang mana suka. Sekarang kedai makan kat KL Sentral dah semakin banyak. Dan banyak jugak pilihannya. Kami meronda seketika kat level concourse dan terjumpalah beberapa restoran. Dalam banyak-banyak restoran tu, tekak aku telah memilih sebuah kedai yang menjual masakan Indon, ayam penyet. Dan nama kedai tu ialah Penyet Express.
|
Kedai Penyet Express kat KL Sentral. |
Aku rasa Penyet Express mendapat nama dari kaedah dia menyediakan masakan ayam penyet tu. Mula-mula, sekumpulan ayam dari pelbagai saiz dan bentuk diletakkan di atas jalan raya highway. Kemudian dipanggil beberapa buah bas ekspres utara-selatan yang padat dengan penumpang untuk meredah segala ayam itik yang duduk kat tengah-tengah lebuhraya tu. Bila dah penyet kena langgar, terus dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak. Macam tulah sejarah nama kedai ni tercipta.
|
Wanie dan Yana tak sabar-sabar nak makan. |
|
Amier order udang penyet. |
Macam-macam makanan yang kami order. Ada yang order ayam penyet. Ada yang order udang penyet. Ada yang order kerbau penyet dan badak penyet. Sementara aku dan Syahmie pulak order lembu penyet. Tak lama menunggu, akhirnya sampailah makanan yang kami pesan. Wah! Memang ekspres betul servis dia. Dan kami pun mulalah makan dengan perasaan yang berdebar-debar. Bila aku memasukkan saja makanan ke dalam mulut, aku merasa sesuatu. Rasanya tidaklah tidak enak. Tapi tidaklah sesedap masakan di sesetengah restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Yang paling sedap mengikut tekak aku ialah di Wong Solo lah. Walau pun tak sepenuhnya mengikut cita rasa tekakku, tapi aku makan habis jugak. Sayang nak bazirkan makanan dalam pinggan.
|
Makan dengan penuh selera. |
|
Ini adalah lembu penyet yang aku order. Lembu tu dah tak rupa lembu lagi sebab dah kena penyet. |
|
Syahmie jugak order lembu penyet. |
|
Peminat pink. Tudung pink, air minum pink. Tapi kenapa jam warna hijau??? |
|
Pedas - pekena sambal ayam penyet. |
|
Ber-jersey Werder Bremen - Liga German. |
|
Di balik back-drop yang menarik. |
|
Singgah kat ladang ternakan kejap. |
|
Amier dengan Milo dinosour! |
Lepas makan dan membuat bayaran, kami terus ke 7-Eleven untuk membeli beberapa jenis makanan sampingan buat bekal menjamah-jamah ketika di bilik nanti. Dan especially kami beli air kotak jugak untuk minum-minum tatkala kehausan. Lepas tu barulah kami terus pulang ke bilik dan sambung nengok tv dan main i-pad dan main-main dengan Sabriena.
Bersambung...
|
Di luar kedai Penyet Express. |
|
Lembaga yang ditemui Amier. |
|
Sabriena di jendela reban. |
|
Wanie dan Yana. |
|
Meninjau di celah lubang. |
|
Ada apa di balik tingkap? |
|
Makan dan beres. |
|
Yana dalam perjalanan pulang ke hotel. |
No comments:
Post a Comment