Minggu lepas aku ada buat booking main tenis kat Titiwangsa. Jadi, pagi-pagi hari aku dah keluar rumah menuju ke destinasi. Kat kawasan rumah aku agak mendung. Tapi aku tak jangka akan hujan terus. Pasal keadaan mendung memang biasa berlaku. Tapi tak jugak hujan. Kira cuaca yang nyaman untuk main tenislah.
Sewaktu aku melalui lebuhraya Akleh, aku nampak kat sekitar KL awan sangat gelap hitam. Macam malam pulak. Tapi aku teruskan jugak perjalanan ke Titiwangsa. Di Titiwangsa juga gelap. Tapi masih ada orang yang ber-jogging, malah ada jugak yang sedang menunggu di gelanggang tenis. Dan setelah parking kereta, aku pun masuk ke gelanggang. Tak perlu lama menunggu, hujan mulai turun. Tak berapa lebat mulanya. Tapi lepas kira-kira 15 minit, hujan mencurah-curah dengan lebih lebat. Jangkaku, ia akan berpanjangan. Kalau berhenti pun, court mesti basah kuyup lencun. Licin dan tak selamat untuk bermain tenis. Akhirnya aku pulang ke rumah. Rupanya, Abang Haji Nordin jugak dah sampai court, dan oleh kerana hujan, Abang Haji Nordin pun balik jugak. Tak apalah. Hujan tu rahmat Allah yang turunkan. Hari lain mungkin boleh turun main lagi. Tunggu ajelah hari Ahad berikutnya.
Hujan turun mencurah-curah. |
Gelanggang al-kuyupi. |
No comments:
Post a Comment