Menyambut birthday isteri di Paris? Itulah yang menjadi tanda tanya seluruh masyarakat Malaysia kini. Adakah sebenarnya kami ke Paris pada 15 Disember tahun lalu? Sebenarnya... tidak. Tidak sama sekali. Kami hanya meraikan di Petaling Jaya saja. Di sebuah hotel milik keluarga Pak Hilton, termasuklah anaknya si Paris Hilton tu. Dari situlah munculnya nama Paris yang aku katakan tadi. Kami memang bermalam di situ - satu malam aje. Anak aku Amier memang sejak dari awal cuti asyik menanya mama dia, bila lagi boleh dia duduk kat hotel. Nombor satu pasal dia suka berenang kat swimming pool di hotel. Itu aje. Dan kini, hajatnya telah pun kami penuhi.
|
Bergambar di lobi lif. |
|
Masa ni kami tengah nak keluar pergi makan malam. |
Aku ke hotel dengan membawa aku punya set komputer yang lengkap. Termasuklah CPU, keyboard, mouse dan monitor. Sebab kerja ofis aku punyalah banyak gila babus. Deadline-nya pulak pada 17 Disember. Memang aku tak ada pilihan lain, melainkan kena cuba jugak menyudahkan semua kerja dan report ketika bermalam di hotel. In fact, pada malam tu, aku tak tidur langsung, sampailah selepas kami check-out dari hotel. Fuuuhhh... letih sungguh!
|
Detik jam 12 malam. Upacara menyambut birthday isteriku. |
|
Sabriena tak dapat join, pasal dia dah tidur kat bilik sebelah. |
Setelah makan malam kat TTDI, kami duduk lepaklah kat bilik hotel sambil nengok tv, main gadget seperti I-pad dan I-phone. Dan aku terus menerus membuat report untuk ofis. Bila tiba aje detik 12 malam, maka masuklah tarikh 16 Disember, tarikh lahir a.k.a. birthday isteri aku. Kami semua memang belum tidur lagi time tu. Jadi kami pun menyanyilah lagu birthday dan mengucapkan selamat hari jadi kepada isteriku. Dan semua hadiah diberikan kepada isteriku. Aku menghadiahkan satu frame gambar karikatur. Syahmie bagi kad buatan sendiri serta sebijik cokelat. Wanie ada buat kad jugak, tapi dia tak bawak ke hotel. Amier pulak bagi beberapa helai lukisan yang dibuatnya sendiri. Kemudian memberikan kek yang kami perolehi dari majlis orang kahwin pada siangnya, dan menjadikan kek comel itu sebagai kek hari jadi. Isteriku jugak dapat beberapa hadiah dari kengkawannya di ofis.
|
Menyuapkan kek ke mulut Amier. |
|
Giliran Wanie kena suap. |
Setelah tu, isteriku pun menyuapkanlah kek cokelat kecil tu ke mulut anak-anak dan ke mulut aku jugak. Amalan macam tu biasa dibuat oleh arwah ibu mentuaku dulu. Bila ini juga selesai, barulah majlis bersurai. Masing-masing sambung buat aktiviti yang tadi. Dan aku sambung buat kerja ofis yang sangat stressful. Tatkala semua orang dah tidur, aku masih lagi berjuang menyudahkan kerja yang macam payah bebenor nak selesainya...
|
Syahmie turut disuap. |
|
Okay. Suap Amier sekali lagi. |
|
Aku pun kena suap jugak. He he he... jangan marah... |
|
Hadiah-hadiah yang diperolehi isteriku. |
|
Tudung merah tu pemberian kawan ofis isteriku. |
No comments:
Post a Comment