Disember tahun lepas kami sekeluarga telah pergi ke Tanjung Karang untuk meraikan kawan ofis ku yang membuat majlis resepsi perkahwinannya. Aku ajak mak aku sekali, pasal kampung mak aku kat Assam Jawa, Kuala Selangor. Tak jauhlah dari Tanjung Karang tu. Kami bertolak agak lewat. Jadi, sampai kat tempat kawan aku tu kira-kira jam 3 petang lebih. Tak susah sangat nak cari rumah dia. Oh ya, nama kawan aku tu Sya'arani. Nama isterinya, Norsaezzah. Masa kami sampai tu, kawan ofis aku lagi sorang, Ahmad dan keluarganya pun baru sampai jugak. macam bersainglah pulak, kan.
Oleh kerana kami sampai dah lambat, dan para tetamu yang lain kebanyakannya dah pun pulang, jadi kami terus ajelah menghadap makanan. Lepas makan sehingga puas, kami ambil gambar dengan pengantin beberapa shot. Lepas tu terus mintak diri. Masa tu kami belum solat zuhur lagi. Kelam kabut jugak nak cari masjid untuk solat. Memang kami terpaksa bergegas pergi meninggalkan rumah Syaarani.
|
Makan dengan penuh selera. Masakan Jawa asli yang diimport dari kepulauan Jawa. |
|
Pinggan licin. Seketul nasi pun tak tertinggal. Nak ikutkan hati, dengan pinggan-pinggan sekali nak dimakan. |
|
Bersama ibuku. |
|
Keluarga Ahmad turut hadir. |
|
Ahmad datang bertiga aje. |
|
Sabriena tak dapat makan nasi minyak. Dia terpaksa minum susu botol aje. |
|
Dah selesai makan. Alhamdulillah. |
|
Bergambar kenangan dengan pengantin yang diraikan. |
|
Kawan-kawan ofis kami yang lain dah datang lebih awal dan dah pun pulang. |
|
Amier sangat puas hati. Two thumbs up! |
|
Amier masih sangat puas hati. Two thumbs up again! |
Masjid terdekat yang kami tau ialah menghala ke Kuala Selangor. Tapi tak sampai Kuala Selangor lagilah. Kami pun solat zuhur kat situ. Lepas solat, aku Syahmie dan Amier bersiar-siar kat luar masjid. Aku nampak ada sungai kecil yang macam berpotensi membiakkan ikan-ikan kampung seperti haruan, sepat, keli dan puyu. Malah mungkin jugak ada kelah, sebarau, belida, tapah dan temoleh. Jadi aku pun menjenguk-jenguklah ke dalam sungai tu. Pokok teratai yang dulunya banyak kat situ nampak gayanya macam dah tak ada. Arus sungai tu kira deras jugak nampak gayanya. Aku cuba sukat air sungai tu. Mungkin ada sedalam empat kaki kot. Puas aku menengok, mengkaji, mentelaah isi kandung sungai tu. Tapi tak nampak kelibat sekor ikan pun. Walau anak ikan longkang pun tak nampak. Mungkin sebab arusnya yang terlalu deras kot, dan tak ada tumbuhan atau struktur untuk ikan berlindung. Jadi, aku pun rumuskan semua jenis ikan kat sungai tu dah pupus dihanyutkan air. Mungkin ikan-ikan tu semua dah dibawa ke laut luas kot. Aku memang ada bawak joran dan umpan, kot-kot ada peluang untuk memancing. Tapi kami kena balik awal lah pulak, pasal esok harinya ada majlis kat Wangsa Walk. Kami kena buat preparation sikit.
|
Di pinggir sungai. |
|
Sungai ni nampak menarik. Tapi takda ikan, takda makna. |
|
Tempat ni memang nyaman. Good! |
|
Sungai ni terletak kat sebelah sekolah. Mungkin jugak budak-budak sekolah dah tangkap semua ikan. |
|
Sungai ni agak dalam jugak rupanya. |
Selepas solat asar di masjid yang sama, kami terus menghala ke Assam Jawa. Masa kami solat asar berjemaah dekat masjid, Sabriena menangis menjerit-jerit. Sampailah selesai solat asar. Barulah mama Sabriena boleh pujuk dia. Kami kemudiannya ke rumah Makcik Mini. Borak-borak, minum teh tarik yang terhebat. Lepas tu barulah berlalu pulang. Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Sya'arani dan isteri. Semoga penuh keberkatan dan bahagia di dunia dan akhirat. Barakallah!
|
Di kawasan rumah Makcik Mini. |
No comments:
Post a Comment